Siakap Keli

Panik, Ibu Tak Sedar Anak Terperangkap Masuk Mesin Basuh, Cubaan Tarik Keluar Gagal

Anggota bomba berdepan detik cemas apabila seorang kanak-kanak perempuan dua tahun terperangkap di dalam mesin basuh selama beberapa jam.

Dalam kejadian di Chengdu, China, kanak-kanak itu dilaporkan memanjat dan masuk ke dalam mesin basuh tersebut untuk bermain. Malangnya, dia tidak berjaya keluar semula daripada mesin itu dan terperangkap di dalamnya.

Ibu bapa mangsa yang panik cuba untuk menarik anak mereka keluar tetapi usaha itu tidak berjaya.

Mereka kemudiannya menghubungi tukang baiki mesin basuh untuk membuka kelengkapan mesin, tetapi mangsa masih juga tidak dapat dikeluarkan.

Pasukan bomba tiba dan berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu selepas ibu bapa mangsa menghubungi perkhidmatan kecemasan.

Kanak-kanak tersebut ditarik daripada kaki dan dikeluarkan dalam keadaan selamat dengan wajah yang bertukar merah dan menangis kepanasan.

Sumber : Mirror UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.