Siakap Keli
Gambar : Sabah Post

Pemandu Dipercayai Mabuk Maut, Tiga Parah Dalam Kemalangan Di Beluran

Beluran : Seorang pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda maut dipercayai mabuk, manakala tiga penumpang cedera parah apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas sendiri di jalan Beluran-Telupid kira-kira 7 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Beluran Supt Kasim Muda, polis mengesyaki pemandu berumur 50 tahun itu mabuk ketika memandu dan sampel darah mangsa diambil untuk tujuan ujian toksikologi.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kenderaan tersebut dari arah Telupid menuju Sandakan telah hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan terbabas di sebelah kanan jalan.

“Akibat kemalangan tersebut, pemandu kenderaan maut di tempat kejadian manakala tiga penumpangnya cedera parah. Kemalangan tidak melibatkan lain-lain kenderaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kasim berkata pemandu dikenali sebagai Jayacelan a/l R Manickam beralamat di Jalan Sulaiman, Batu 8, Sandakan.

Tiga penumpang cedera parah itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan dihantar ke Hospital Beluran untuk rawatan, katanya.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.