Siakap Keli

Penyelidik Dakwa Semakin Ramai Penduduk Timur Tengah Dan Afrika Tidak Percaya Dengan Agama- Kajian

Stu kajian yang dilakukan oleh Arab Barometer untuk portal media BBC Arab di negara Timur Tengah dan Afrika mendakwa penduduk-penduduknya semakin ramai tidak percaya atau tidak menganuti mana-mana agama.

Berdasarkan kajian tersebut, mereka mendakwa punca penurunan kepercayaan agama di kawasan-kawasan kajian disebabkan hak asasi kemanusian, hak asasi wanita, isu keselamatan dan seksualiti.

Kajian berkenaan melibatkan seramai 25,000 responden di 11 buah negara termasuklah Arab Saudi, Yaman, Palestin, Tunisia, Lybia, Mesir, Sudan dan Iraq. Kajian bermula daripada akhir 2018 sehingga musim bunga 2019.

Laporan kajian tersebut turut mendakwa jumlah mereka yang tidak mempercayai agama meningkat daripada 8 kepada 13 peratus terutamanya dalam kalangan belia di bawah usia 30 tahun.

18 peratus daripada responden yang berusia dibawah 30 tahun mengakui tidak menganuti mana-mana agama.

Dari 11 sebuah negara, hanya Yaman yang menunjukkan penurunan jumlah mereka yang tidak percaya dengan agama manakala Tunisia, Libya, Algeria dan Maghribi menunjukkan peningkatan tertinggi.

Arab Barometer merupakan kumpulan penyelidik yang berpangkalan di Universiti Princeton dan menjalankan kajian sedemikian rupa sejak 2006.

Sumber: BBC, Arab Barometer

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.