Siakap Keli
Gambar: Famous Pharaohs

Piramid Berusia 4,000 Tahun Di Mesir Dibuka Kepada Pelawat

AIYUM (Mesir), 29 Jun (Bernama) — Piramid Senusret II yang dibina pada era pemerintahan Firaun Dinasti ke-12 buat pertama kali dibuka kepada pelawat, lapor agensi berita Xinhua.

Majlis pembukaannya dirasmikan Menteri Antikuiti Mesir Khaled al-Anany pada Jumaat.

Dikenali sebagai Piramid el-Lahun, makam diraja itu wujud antara tahun 1897 sebelum masehi sehingga 1878, terletak di kawasan Faizal, 100 km dari barat daya ibu kota Kaherah.

“Piramid itu dibina daripada bata tanah liat dan teras bongkah batu, panjang 106 meter dengan cerunnya kira-kira 42 darjah dan ketinggian 48,65 meter,” kata al-Anany.

Ditemui pada 1889 oleh ahli arkeologi British William Petrie, kaedah yang digunakan untuk membina piramid itu bertujuan bagi memastikan ia kekal kukuh, kata setiausaha agung Majlis Tertinggi Antikuiti Mostafa Waziri.

Terletak di sebelah timur namun, pintu masuk piramid di sebelah selatan.

Waziri berkata kebiasaannya pintu masuk piramid sering berada di bahagian utara berdasarkan kepercayaan kuno Mesir.

Bagaimanapun, alasan bagaimana pintu masuk piramid Senusret II ditemui di bahagian selatan masih tidak diketahui, katanya.

Kerja membaik pulih piramid dan kawasan sekitarnya bermula Ogos 2018.

Sumber: BERNAMA

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa