Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

”Saya Ada Kawan Bila Dia Muncul Di Group ‘WhatsApp’ Saya Diam,” Kelakar, Tapi Sindirian Lelaki Cukup Untuk Buat Kita Terasa

Rata-ratanya ramai yang menggunakan ‘group WhatsApp’ untuk berhubung dengan keluarga atau rakan-rakan dalam satu kumpulan yang ramai. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memudahkan supaya pesanan yang dikirim dapat diterima semua.

Namun, apa yang tidak sedap didengarnya bila ada dalam kalangan ahli group WhatsApp yang berperangai menjengkelkan. Bila individu jenis ini muncul sahaja dalam group, rata-rata ahli akan lebih suka mendiamkan diri daripada berbalas pesanan. Mesti ada yang pernah menghadapi situasi ini kan?

Perkongsian daripada Khairul Hakimin Muhammad ini mungkin tepat mengenai situasi yang anda alami sekarang. Sindirannya cukup ‘padu’ bagi memberi sedikit kesedaran dalam hidup. Renungkan dan semoga bermanfaat kepada semua.

Saya ada kawan yang apabila dia muncul di group Whatsapp, saya akan diamkan diri. Kahkah. Berdebar sokmo.

Gambar sekadar hiasan

Beliau suka tegur apa sahaja. Asal boleh, dia akan tegur itu salah ini salah. Jadi semua benda akan boring.

Dalam beberapa minggu lepas, di group tersebut adalah seorang dari kami ini bercerita tentang bagusnya Upin Ipin di Youtube tentang pembangunan anak-anaknya. Beliau kata anaknya jadi suka bersembang dan sedap kalau bercakap.

Sekali Encik Suka Tegur ini menyampuk dan mensyarah di dalamnya. Hahaha. Siap kata tak bagus beri telefon, tak bagus beri tab dan dia sendiri tak pernah beri benda itu kepada anak-anak, bimbang anak tak bagus dari sudut pemikiran. Dan paling teruk boleh jadi terbantut minda katanya.

Lalu bergaduhlah si bapa tadi dengan mamat ini. Kami semua jadi diam sahaja. Tup tup selepas mencarut dan membabi sesama sendiri, dua-dua left. Kahkahkah. Apa punya bapa pun tak tahulah pasal Youtube pun boleh gaduh.

Nak jadi cerita minggu lepas, selesai solat jumaat saya lapar. Saya pun pergilah ke kedai makan yang paling hampir dengan masjid.

Makan nasi, ayam serta sayur, air ambil sirap limau seperti biasa. Dah siap semuanya, pergilah basuh tangan dan bayar.

Masa menghulur duit saya terpandang ada sekeluarga duk makan. Eh mamat power ini rupanya. Saya pun pergi tegur.

Kami bersalam, muka dia lain. Macam biasa tanya duk buat apa di Bangi dan sebagainya. Dia macam tak berapa nak layan. Jadi saya pun tegur-tegur anaknya yang comel itu.

Kahkahkah, 2-2 anak-anaknya duk main telefon. Si emaknya sedap makan, dia pun sama. Hihihi.

Inilah dunia yang kita diami hari ini. Bab gaduh tentang prinsip yang kita tak buat, kemain lagi sampai putus kawan. Padahal boleh sahaja kita jadi rendah diri dan raikan kawan-kawan nak sembang begitu begini.

Benar, kita tahu ada benda tak elok begitu begini, namun tak perlu kita sentiasa nak jadi Pengerusi Mister Tegur Antarabangsa.

Apabila nasi dah jadi bubur, muka buruk kita itu sorok tepi meja kedai mamak pun masih nampak lagi wajahnya. Haha.

Inilah dunia hari ini. Kita sanggup pilih untuk tegur salah orang, janji kita nampak pandai. Dari kita diam dan raikan supaya hubungan kita jadi damai. Haih, inilah dunia yang kita diami hari ini.

Tak salah meraikan keseronokan orang. Itu juga sebuah kebahagiaan.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Rasanya kena unfriend malam ini. Huhu.

Sumber : Khairul Hakimin Muhammad

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.