Siakap Keli
Gambar : Bernama

Sijil Halal : Tak Susah Jika Tahu Prosedur Dan Piawaian

Kuantan : Proses kelulusan mendapatkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak sukar dan hanya mengambil masa dua minggu daripada tarikh permohonan jika memenuhi piawaian yang ditetapkan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, bagaimanapun, mengakui ada pengusaha khususnya dalam industri kecil dan sederhana (IKS) sukar untuk mendapatkan pengiktirafan halal kerana kurang mengetahui prosedur atau tidak dapat memenuhi piawaian ketat JAKIM.

“JAKIM menetapkan standard yang tinggi dalam sijil halal kerana konsepnya halalan toyyiban iaitu bukan hanya halal, tetapi juga suci. Standard ini diguna pakai oleh 45 negara dan 78 agensi di seluruh dunia.

”Prosesnya tidak susah namun ada perkara yang perlu ditepati dan mungkin ada antara IKS yang tidak tahu,” katanya kepada sumber selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuantan. di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri MohdRedzuan Md Yusof semalam, bahawa ada usahawan IKS sukar menda[pat sijil halal walaupun sudah lama mengusahakan perniagaan.

Misalnya, Fuziah berkata ada IKS yang mengusahakan perniagaan kerepek memproses produk itu di dapur rumah mereka, sedangkan kriteria yang ditetapkan JAKIM memerlukan mereka mengasingkan dapur produk dengan dapur rumah.

Justeru, beliau berpandangan usahawan IKS memerlukan bimbingan daripada pihak sewajarnya supaya dapat menepati piawaian persijilan JAKIM yang sekali gus boleh menjadi nilai tambah kepada produk mereka.

“Tugas untuk membantu IKS bukan di bawah JAKIM, sebaliknya pihak yang terlibat secara langsung dengan mereka yang boleh memberi tunjuk ajar, memberi dana, membuat kertas kerja, pembungkusan dan sebagainya,” katanya.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.