Siakap Keli
Kredit: Newslexpoint

“Tiada Anjing Yang Jahat, Hanya Tuan Yang Jahat,” Kes Pitbull Gigit Muka Budak, Ini Respon Pencinta Haiwan

Kes gigitan anjing hingga menyebabkan kecederaan parah dan kematian bukan perkara yang asing lagi di Malaysia. Antara faktor yang menyebabkan haiwan ini bertindak ganas ialah apabila mereka mengalami tekanan emosi yang tidak terkawal sehingga bertindak menyerang orang lain.

Berikutan kes seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang parah digigit anjing jenis pitbull di muka, banyak pihak mengecam golongan pencinta haiwan atas dakwaan membela haiwan berbahaya tersebut tanpa lesen dan penjagaan sebaiknya.

Persatuan Haiwan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berkenaan tragedi tersebut.

Anjing berbaka Pitbull merupakan anjing dilarang bawa masuk ke Malaysia. Namun trend memiliki anjing baka ganas ini menjadi-jadi oleh masyarakat pencinta anjing di Malaysia.

Malaysia menyenaraikan beberapa baka anjing yang dilarang pelihara dan diharamkan bawa masuk ke negara ini.

Kedegilan masyarakat kita atas alasan mencintai haiwan tanpa berjustifikasi dan sikap culas tanggungjawab menempatkan anjing peliharaan ditempat selamat menyebabkan serangan anjing terhadap jiran berlaku.

Animal Malaysia berpendirian tegas terhadap sikap masyarakat yang ingkar arahan memelihara anjing penyerang seperti Pitbull hingga menyebabkan anjing domestik serta anjing Mongreal mendapat kesan dan persepsi tidak baik masyarakat sehingga membawa kepada budaya kebencian terhadap anjing domestik lain yang tidak bersalah dan tidak ganas.

Pemilik anjing tidak berlesen dan baka dilarang yang menyebabkan kecederaan parah begini harus diheret ke muka pengadilan di bawah peruntukkan Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Hukuman harus dijalankan kerana ia melibatkan nyawa jiran tetangga dan demi menjaga kebajikan anjing domestik dan anjing Mongreal yang lain daripada ancaman kebencian akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pemilik anjing penyerang begini.

Hentikan kesalahan memelihara baka anjing yang diharamkan ini di negara Malaysia.

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia

Amira

Love yourself.