Siakap Keli
Foto: Twitter DSSR

(Video)”Nyaris-Nyaris…”, Detik-Detik Penunggang Skuter Hampir Kehilangan Nyawa

“Baik naik motor, kalau jalan jammed pun boleh menyelit”, ungkapan itu mungkin pernah kita dengar atau kita gunakan sendiri bagi memberitahu kelebihan menaiki motorsikal berbanding kereta, terutama di kawasan bandar.

Tidak dinafikan ada benarnya dakwaan tersebut. Akan tetapi, jika tersalah langkah, ia mungkin boleh mengakibatkan perkara buruk berlaku kepada penunggang, termasuk kematian.

Itulah yang hampir terjadi pada seorang penunggang wanita dalam satu video yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Dalam video yang dikongsikan oleh Dato’ Sri Sanjeevan melalui akaun Twitter-nya itu, wanita tersebut telah menyelit di antara kenderaan-kenderaan lain ketika jalan sedang sesak sebelum berada di hadapan sebuah lori besar.

Secara tiba-tiba, lori itu bergerak ke hadapan dan melanggar mangsa kerana dipercayai dia berada di titik buta atau ‘blind spot’ pemandu lori tersebut.

Bagaimanapun, dia bernasib baik apabila terselamat dari digilis lori berkenaan dan dilihat masih mampu bangun selepas itu.

Tidak dapat dipastikan di mana dan bila kejadian ini berlaku, namun apa yang penting adalah untuk penunggang motorsikal lain di luar sana untuk mengambil pengajaran dari kejadian ini agar lebih berhati-hati di atas jalan raya.

“Ingat orang tersayang, anda mampu mengubahnya.”

Sumber: Twitter DSSR

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi