Siakap Keli
Gambar : Bernama

Zahid Tamatkan Cuti, Kembali Galas Tugas Presiden Umno

Ipoh : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan akan menyambung semula tugas sebagai presiden UMNO berkuat kuasa hari ini selepas bercuti daripada jawatan tersebut sejak 18 Disember tahun lalu.

“Oleh kerana hari ini genap setahun saya dipilih bukan dilantik oleh perwakilan UMNO, seluruh negara dari 191 bahagian maka genap setahun ini cukup signifikan dan penting bagi saya. 

“Oleh yang demikian, hari ini saya ingin mengumumkan bahawa saya menamatkan cuti sebagai Presiden UMNO bermula hari ini. Ini bererti bahawa mulai hari ini saya akan terus menyambung tugas sebagai Presiden UMNO Malaysia,” katanya.

Beliau membuat pengumuman itu pada majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Bagan Datuk di Kompleks UMNO Bagan Datuk hari ini.

Pengumum itu disiarkan secara langsung di Facebook Ahmad Zahid.

Pada 18 Dis lalu, Ahmad Zahid bersetuju menyerahkan sementara tugas presiden kepada timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan atas alasan demi kepentingan pimpinan dan parti.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di