Siakap Keli

“13 Tahun Setia, Makan Pun Tak,” Sedih Tengok ‘Messi’ Tunggu Tepi Jenazah Tuan Harapkan Belaian

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kucing menjadi haiwan peliharaan manusia kerana sifatnya yang manja dan suka dibelai. Disebabkan itu pemilik haiwan ini mempunyai hubungan yang rapat dengan kucing peliharaan mereka. Jika kucing yang dipelihara hilang atau tiada, rasa rindu itu tidak terperi. Begitulah sebaliknya jika tuannya tiada di rumah, kucing akan sunyi dan mencari.

Seperti perkongsian oleh seorang pengguna Twitter mengenai kisah kucing peliharaan arwah bapa saudaranya yang meninggal dunia baru-baru ini. Seakan mengetahui apa yang berlaku cuma tidak boleh meluahkan, kucing yang diberi nama Messi kelihatan sugul dan sedih di sisi jenazah.

Setia tunggu di sisi jenazah

13 tahun bersama tuannya

Messi dikatakan sudah dipelihara selama 13 tahun oleh arwah bapa saudaranya itu. Bukan sahaja tidak lalu makan, haiwan ini seperti mencari sesuatu yang ‘hilang’ dan dirindui.

Seperti mencari sesuatu

Semoga Messi boleh kembali ceria

Perkongsian gadis ini mengenai kucing peliharaan arwah bapa saudaranya itu benar-benar menyentuh hati ramai. Rata-ratanya meluahkan rasa sedih dan turut berkongsi kisah sama yang berlaku kepada keluarga mereka.

”Tolong pelukkan Messi untuk saya”

”Dulu arwah atok pon sama..”

”Masa arwah mak meninggal kucing dia pon meninggal hari yang sama..”

”Teringat ayah meninggal dunia lima tahun lepas..”

Sumber : Nuriyliamalek

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.