Siakap Keli
Gambar Hiasan

95% Undian Netizen Setuju Hukuman Rotan Pelajar Sekolah

Baru-baru ini, tular satu video di laman sosial, dengan berita guru yang menghukum pelajar perempuan dengan merotannya.

Kemudiannya, ibu pelajar tersebut membuat laporan polis dan memarahi guru tersebut sambil merakam lalu memuat naik video tersebut ke laman sosial.

Namun, guru tersebut melakukan itu kerana adab pelajar tersebut yang agak kurang baik terhadap seorang yang bergelar pendidik.

Semenjak video itu tular, pelbagai komen, kecaman dan cadangan yang dikemukakan oleh netizen terhadap kes itu.

Soal selidik atau ‘survey’ ringkas dilaksanakan beberapa hari lalu mendapati majoriti netizen memberi maklum balas bahawa hukuman ‘ROTAN’ wajar dilaksanakan di sekolah.

Baca perkongsian di bawah ini yang berkaitan dengan kajian seluruh dunia terhadap hukuman fizikal dan impaknya kepada kanak-kanak.

Survey ringkas yang dilakukan beberapa hari lalu menunjukkan majoriti netizen (95%) merasakan hukuman rotan WAJAR dilaksanakan di sekolah.

Ternyata, kaedah ini masih diterima ramai dan menjadi pilihan ibu bapa untuk mengawal tingkahlaku anak anak.

Sekadar untuk PERKONGSIAN , dalam tempoh 20 tahun ini, terdapat banyak kajian yang telah dilakukan diseluruh dunia berkenaan hukuman fizikal dan impaknya kepada kanak kanak.

✔️ Sebahagian besar kajian menunjukkan hukuman fizikal menyebabkan implikasi NEGATIF kepada perkembangan kanak kanak.

✔️ Kesan negatif hukuman fizikal memberi impak pada kesihatan mental kanak kanak dan mengakibatkan trauma untuk jangka masa panjang.

✔️ Manfaat hukuman fizikal adalah terhad

✔️ Kebanyakan kejadian penderaan berlaku secara tidak sengaja semasa hukuman dilakukan

Sebagai alternatif, ibu bapa disarankan untuk menggunakan pendekatan yang lebih positif dengan memerhatikan dan memperbaiki tingkahlaku anak anak menerusi komunikasi yang berkesan.

Positif parenting juga dapat mengurangkan stress dan gangguan emosi kepada ibu bapa sendiri.

Kajian kajian ini, membantu untuk beberapa negara luar untuk membentuk polisi baru berkenaan hukuman fizikal kepada kanak kanak.

Setakat ini, 31 negara telah melarang sepenuhnya hukuman fizikal kepada kanak kanak. 

Semua ibu bapa dan pendidik mahukan yang terbaik untuk anak anak mereka. Terpulanglah kepada anda untuk memilih kaedah yang difikirkan terbaik untuk anak anak 🙏🏼

Sumber: Public Health Malaysia

Eyen Mirlen

write deeply from your heart