Siakap Keli
Gambar Hiasan

Kajian Saintifik Dakwa Anak Kedua Lebih Nakal Dari Anak Sulung

Kelahiran anak dalam dunia ini adalah satu anugerah yang paling terindah untuk ibu bapa. Tidak kiralah anda anak ke berapa. Jika diberi pilihan, anak ke berapa anda pilih untuk dilahirkan? Mesti akan kata nak jadi anak sulung, anak kedua atau anak bongsu dengan mengenakan alasan yang pelbagai dan tersendiri.

Namun, anak tengah atau anak kedua ini dikatakan unik sedikit. Tak kurang juga yang kata ianya berbeza dan sangat misteri. Cuba anda perhatikan perangai kakak atau abang kedua anda. Tapi jika anda seorang anak kedua dalam keluarga, mari kita lihat benar atau tidak penyelidikan daripada Denmark ini.

Menurut Joseph Doyle yang mengetuai penyelidikan ini mendapati anak kedua mungkin mempunyai lebih banyak masalah dalam tingkah laku berbanding anak-anak lain.  Mungkin, anak ini mempunyai sifat yang lebih matang dan dewasa dalam segala hal. Seperti yang kita tahu, anak kedua ini perlu menghormati kakak atau abang dan juga adiknya.

Bukan itu sahaja, kajian juga mendapati bahawa anak lelaki yang dilahirkan sebagai anak kedua ini 20 hingga 40 peratus lebih mungkin disiplin di sekolah daripada adik beradik yang lebih tua dari mereka.

Kajian juga mengatakan anak kedua ini mungkin akan mengalami sindrom anak kedua. Ia membawa maksud sesetengah ibu bapa mungkin tidak begitu teruja atau tidak meraikan kelahiran anak kedua seperti mana anak pertama. Ianya mungkin biasa terjadi tanpa sedar.

Selain daripada itu, jika anak kedua anda soerang lelaki. Mungkin ‘hormon kelelakian’ mendorong mereka untuk menjadi lasak, berani dan suka menyahut cabaran.

Kajian juga membuktikan bahawa anak kedua ini lebih cenderung mempercayai kawan berbanding ibu bapa. Hal ini mungkin anak kedua lebih berasa terasing atau kurang istimewa di mata ibu bapa mereka. Ia dilihat, mereka lebih mudah bergaul dan mesra dengan orang ramai daripada sifat anak-anak yang lain.

Jadi, setiap anak-anak mempunyai sifat yang unik. Walaupun banyak kajian dan teori itu tidak membuktikan sifat anak yang sebenar tanpa dorongan ibu bapa sendiri. Mereka tetap mempunyai kekuatan masing-masing.

Ibu bapa yang bijak pasti dapat menghalakan kecenderungan emosi dan fizikal anak-anak ke arah yang baik.

Sumber: Practical Parenting

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di