Siakap Keli
Gambar Hiasan

Nak Jemaah Kurangkan Merokok, Masjid Anjurkan Program Tukar Rokok Dengan Karipap

Para jemaah yang datang ke Masjid Sultan untuk menunaikan Solat Jumaat minggu lalu telah ‘dijemput’ untuk menukar rokok yang dimiliki mereka dengan pelbagai jenis karipap.

Masjid Negara Campbell Glam merupakan salah satu daripada enam masjid di Singapura yang mengambil bahagian dalam inisiatif program “Puff for a Puff” pada Jumaat (28 Jun) lalu.

Bermula dari bulan Jun sehingga ke pertengahan Oktober, mereka yang merokok sentiasa dialup-alukan untuk datang dan menukar rokok di booth berkenaan. Dijangkakan program terbabit akan melibatkan kira-kira 22 buah masjid di sekitar Singapura.

Gambar : Amrin Amin

Menurut Amirin Amin, program itu merupakan sebahagian daripada kempen anti-rokok yang dijalankan oleh Health Promotion Board Singapore. Selain dari faktor kesihatan, ia dapat ‘membantu kewangan perokok’ kerana seperti yang diketahui harga rokok di Singapura agak tinggi.

Di samping itu, program berkenaan ternyata mendapat respon dan sokongan padu dari masyarakat di sana. Ia dikatakan sebagai antara idea unik untuk mengurangkan penggunaan rokok dan memberi kesedaran kepada orang awam.

Sumber: Amrin Amin 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.