Siakap Keli

“Tak Boleh Nak Salahkan Lori Tu, Selamat Hidup,” Rakaman Cemas Wanita Terperosok Bawah Lori

Kemalangan jalan raya berpunca daripada pelbagai faktor seperti keadaan jalan, sikap pemandu dan juga titik buta yang terpaksa dihadapi oleh pemandu kenderaan besar. Titik buta merupakan sudut yang tidak dapat dilihat oleh pemandu kenderaan besar seperti lori dan juga bas.

Seperti yang dapat dilihat menerusi satu rakaman melalui laman Twitter Dato’ Sri Sanjeevan, seorang wanita melalui detik cemas apabila dia terperosok di bawah lori yang tidak sedar akan kewujudannya.

Berdasarkan rakaman tersebut, wanita yang sedang menaiki motorsikal itu dilihat cuba untuk menyelit di antara kereta dan lori bagi melalui jalan tersebut. Namun, disebabkan pemandu lori tersebut tidak perasan kewujudan wanita itu, lori terus digerakkan ke hadapan. Akibatnya, wanita yang menunggang motorsikal jenis skuter itu telah dilanggar sehingga terperosok ke bawah lori.

Namun, mujurlah wanita tersebut berada pada bahagian tengah lori yang menyebabkan dia tidak digilis oleh tayar lori berkenaan. Rakaman kemalangan tersebut jelas memperlihatkan risiko bahaya berada pada sudut titik buta kenderaan besar seperti lori dan bas. Titik buta kenderaan berkenaan boleh dilihat menerusi gambar di bawah.

Gambar: Beverly Slater

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian di laman Twitter berkenaan, rata-rata warganet tidak bersetuju dengan sikap dan tindakan wanita berkenaan yang berada pada sudut titik buta lori tersebut.

“Dah sah-sah lori tak nampak apa. Selamat hidup”

“Tak boleh nak salahkan lori tu”

Sumber: Twitter DSSR

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa