Siakap Keli

Yakin Ada Khasiat, ‘Ladang’ Biak 6 Billion Ekor Lipas Antara Terbesar Dunia

Lipas merupakan serangga yang sering ditakuti oleh kebanyakan manusia. Ketakutan yang dialami bukanlah kerana serangga itu berbahaya, namun disebabkan rasa geli terhadapnya. Namun begitu, disebalik ‘kebencian’ rata-rata orang terhadap serangga itu, lipas sebenarnya boleh memberi manfaat kepada bidang perubatan. Perkara ini berikutan haiwan ini berpotensi menjadi bahan yang boleh diproses untuk dijadikan ubat.

Menyedari hakikat itu, sebuah kilang lipas di Xichang, Provinsi Sichuan telah membiakkan kira-kira enam bilion lipas dalam masa setahun untuk kegunaan perubatan. Kilang lipas yang terbesar di dunia itu juga dilengkapi dengan peralatan dan kemudahan yang secukupnya.

Bagi tujuan perubatan, lipas dewasa lebih digunakan untuk diproses menjadi ubat. Perkara ini kerana lipas dewasa mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk digunakan sebagai ubat terutamanya lipas Amerika atau juga dikenali sebagai ‘Periplaneta Americana’. Perkara ini diakui sendiri oleh pengurus kilang tersebut, Geng Nengfu.

Periplanete Americana (lipas Amerika) mempunyai ciri-ciri ‘butterfly spot’ dan juga leher putih, yang boleh dijadikan sebagai ubat.

Bagi mengekalkan khasiat dan daya tahan bagi serangga ini, lipas-lipas yang dibiak di simpan dalam keadaan gelap di bawah suhu 10 darjah celsius. Disebabkan khasiatnya sangat berhasil dalam bidang perubatan, lipas jenis ini telah digunakan dalam bidang perubatan telah mencecah ribuan tahun.

Periplaneta Americana telah digunakan sebagai ubat lebih daripada 2,000 tahun.

Hasil daripada itu, lipas tersebut telah diproses menjadi ubat seperti produk ekstrak Kangfuxin dan Periplaneta Americana yang memainkan peranan ‘terapeutik’.

Penggunaan lipas sebagai ubat ini telah menjadi satu proses yang sangat giat dijalankan. Oleh itu, tidak hairanlah bahawa kilang tersebut merupakan kilang pertama yang mempunyai pembiakan lipas dalam jumlah yang banyak.

Sumber: Bastille Post

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa