Siakap Keli

”Balkis Tak Tanya Lagi Pasal Kaki,” Puteri Tunggal Derita Kanser Kini Hilang Pula Kaki Untuk Berjalan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

”Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.”

Begitulah perumpamaan yang boleh diberikan terhadap penderitaan yang ditanggung oleh Nur Qistina Balkis yang kini berusia 9 tahun. Siapa sangka di sebalik senyuman anak ini, tersimpan kesakitan yang tak tertanggung.

Manakan tidak, di kala rakan seusia gembira bermain, dia hanya mampu memandang sayu kerana fizikalnya sudah tidak seperti mereka. Kakinya terpaksa dipotong dek kerana kanser yang meragut kebahagiaan si kecil itu sejak setahun lalu.

Moga Allah memberikan ketabahan buat anak ini dan ibu bapanya. Setiap ujian yang datang moga Allah gantikan dengan balasan syurga untuk mereka. Ikuti perkongsian seperti di bawah.

NUR QISTINA BALKIS BINTI FAZLI, 9 TAHUN. KANSER TULANG.

Bukan mudah bagi anak yang pintar dan comel seperti dia menerima hakikat bahawa kakinya terpaksa dipotong. Bayangkan trauma yang ditanggung oleh si kecil ini.

Dia disahkan kanser tulang sejak Ogos tahun lalu . Bermakna … belum pun setahun !. Tetapi dalam tempoh itu .. dia sudah menjalani 7 siri pembedahan hinggalah akhirnya ..kakinya dipotong sehingga ke paras paha 30 Mei lalu.

Awal kejadian .. kakinya membengkak di bahagian lutut. Menyangkakan bengkak itu cuma biasa .. si ibu menyapu minyak angin saja namun tidak juga sembuh sebaliknya semakin sakit.

Bila dibawa ke klinik .. doktor merujuk ke hospital. Bila doktor mengarahkan dilakukan MRI ..terasa degupan jantung si ibu seakan terhenti dan gugur ke bumi. Kelam seketika dunia dirasakan saat itu.

Dia sudah menduga .. sesuatu yang sama sekali tidak pernah diimpikan akan singgah dan menjadi rentetan dalam perjalanan hidup mereka.
Yaa .. Balkis puteri tunggal kedua ibu bapanya akhirnya disahkan kanser. Pembedahan awal ialah membuang tulang kaki hingga ke lutut.

Lalu dimasukkan besi. Tetapi … didapati ada jangkitan kuman. Sejak itu.. beberapa pembedahan kecil terus dibuat dalam usaha merawatnya.  Pembedahan juga terpaksa dilakukan untuk mengeluarkan semula besi yang di pasang di dalam kakinya kerana besi juga dijangkiti kuman.

Ini kes kedua yang Kak Pah dengar tentang besi dijangkiti kuman sejak menulis tentang anak kanser. Sama seperti kes sebelumnya.. bila besi juga telah dijangkiti kuman … maka keputusan terbaik ialah memotong kaki. Itulah saat paling memilukan bagi mereka tiga beranak. Dalam tempoh setahun berjuang .. akhirnya inilah kenyataan yang harus diterima oleh mereka.

Alhamdulillah .. berkat sokongan moral pihak hospital dan rakan-rakan senasib .. Balkis tidak lagi menangis atau bertanya tentang kakinya.
Kini .. Balkis yang sudah berada di wad sejak Febuari lalu, mula menyatakan kerinduaannya terhadap dunia luar.

Kita meyampaikan sejumlah wang hasil sumbangan kita di sini buat meringankan pasangan ini , yang ibunya hanya pengawal keselamatan dan ayahnya pula tidak berpendapatan tetap.

Sejurus sebelum pulang .. Kak Pah sempat melihat bagaimana Balkis meraung, menjerit dan meronta selama hampir sejam ketika doktor hendak “ mencari line “ untuk mengambil darahnya.

Puas doktor-doktor yang sangat bermanis bahasa itu cuba memujuk dia … namun hampa. Dia terlalu fobia kepada jarum dan usaha itu gagal. Dia terlelap dalam linangan air mata…

Sumber : Natipah Abu

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.