Siakap Keli

Disangka Ponteng Sekolah, Kanak-Kanak Dipukul, Disuruh Melutut Atas Bara Kayu Oleh Si Ibu

Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun terpaksa menanggung kesakitan apabila dihukum oleh ibunya atas kesalahan yang tidak dilakukan.

Hukuman tersebut diberikan kepadanya berikutan pulang ke rumah awal tanpa membawa beg sekolah. Oleh sebab itu, ibunya menganggap kanak-kanak tersebut telah ponteng sekolah.

Namun, kanak-kanak itu pulang ke rumah dengan lebih awal kerana guru menghentikan sesi persekolahan pada hari itu sempena sambutan Perayaan St. John the Baptist.

Ketika itu beg sekolahnya masih berada di dalam kelas dan telah dikunci oleh guru. Dia pulang ke rumah dengan lebih awal tanpa membawa beg sekolah bersama.

Disebabkan itu, ibunya mengarahkan kanak-kanak tersebut untuk balik semula ke sekolah bagi mengambil beg miliknya, namun sudah pastinya bilik darjah masih dikunci.

Kanak-kanak tersebut walau bagaimanapun dipukul dengan objek keras. Selain itu, ibunya turut mendapatkan kayu api yang sedang dibakar dan mengarahkan anaknya supaya melutut di atas kayu tersebut.

Gambar: Wikimedia

Disebabkan itu, lutut kanak-kanak tersebut melecur teruk dan mengalami kesakitan yang amat sangat. Berikutan itu, dia tidak dapat ke sekolah dan disedari oleh gurunya setelah beberapa hari. Jadi, guru kanak-kanak tersebut bertindak untuk melawat pelajarnya.

Melihat kepada keadaan tersebut, guru tersebut melaporkan kejadian itu kepada pejabat kebajikan dan pembangunan sosial tempatan dan juga pihak polis.

Walau bagaimanapun, pada waktu ini kanak-kanak tersebut tinggal bersama datuk dan neneknya untuk proses penyembuhan.

Sumber: Inquirer

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa