Siakap Keli

Kereta Penuh Sampah Hingga Hampir Kemalangan Gara-Gara Tak Jumpa ‘Hand Brake’

Tular di media sosial beberapa keping gambar menjijikkan menunjukkan bahagian dalam sebuah kereta yang dipenuhi dengan sampah sarap.

Lebih parah, keadaan itu menyebabkan pemandunya gagal menemui brek tangan sekaligus menyebabkan dia mengalami kemalangan dalam kejadian yang berlaku di England.

Polis yang menyiasat punca kemalangan itu turut mengesahkan bahawa kemalangan berpunca daripada pemandu yang menyimpan banyak sampah di dalam keretanya.

Antara sampah-sampah yang ditemui oleh polis ialah beg plastik, bekas plastik, surat khabar, tanaman dan juga plug adapter di bawah tiga pedal kereta tersebut.

Menurut polis, pemandu terbabit cuba mengundurkan kenderaannya ketika itu namun terlanggar kereta lain. Keadaan itu disebabkan pemandu tidak dapat menjumpai brek tangan di bawah longgokan sampah yang terlalu banyak.

Gambar-gambar berkenaan dijadikan peringatan oleh pihak polis kepada orang awam agar mereka sentiasa memastikan kereta berada dalam keadaan bersih bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang lagi.

Sumber : rhyl journal

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.