Siakap Keli
Gambar Hiasan

Rasa Ada Benda Merayap Di Kaki, Rupanya Kaki Wanita Ini Dimasuki Cacing Dipercayai Dari Pasir Pantai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Waktu Malam Rasa Ada Benda Merayap Di Kaki”, Rupanya Kaki Wanita Diserang Cacing

Siapa yang tidak suka bermain di pantai, walaupun orang dewasa pasti akan berasa tenang jika ‘barefoot’ di sekitar pasir pantai yang halus dengan pemandangan laut yang biru dan luas. Tetapi hidup tidak selalunya indah.

Jika anda salah seorang yang suka berjalan kaki tanpa alas kaki di atas pasir, akan berlaku masalah yang mungkin bersembunyi di bawah kaki tanpa kita sedar. Pernah tak kita ingat tentang pasangan Kanada yang terkena serangan cacing ke dalam kaki mereka?

Kali ini, berlaku oleh seorang pengguna Facebook, Nurul Ezzatul di mana dia terkena serangan cacing semasa dia bermandi manda di pantai tanpa memakai alas kaki. Tanpa sedar, cacing parasit sudah masuk di ruang bawah kaki.

Menurutnya, selepas seminggu mengalami masalah gatal-gatal dan bengkak pada kaki, dia pergi ke sebuah hospital untuk rawatan lanjut. Kata doktor ini adalah daripada cacing yang dibawa oleh sesetengah anjing dan kucing yang membuang najis di sekitar pantai.

“Saya nampak garisan urat itu bergerak-gerak berpindah tempat lain macam dalam gambar ini”

Mula-mula cuma ade macam belon kecik je, akak ingat sebab melecet kene ape-ape ke kan.Tetiba 5 hari lepas balik tu tibe ade line camtu. Jadi, akak assume urat or apa kan, makanya buat taktahu dan cuma urut saja dan tak ada rasa sakit.

Tapi, setiap malam akak tidur memang akan ada rasa ada benda merayap di kaki dan kadang-kadang gatal yang tidak boleh kawal gatalnya.

Jadi,doktor yang merawat diagnos penyakit ini sebagai ‘Cutaneos Larva Migrain’. Dan sudah berada di bahagian seluruh kaki dan menyebabkan ia bengkak kerana enfection berbisa walaupun sedang melangkah berjalan.

Jadi, untuk peringatan semua agar lebih berhati-hati semasa bercuti di pantai dan beringatlah untuk memakai alas di kaki walapun berjalan di kawasan yang selamat kerana kita tidak tahu apa yang kita pijak.

Sumber: Nurul Ezzatul 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang