Siakap Keli

“Saya Dapat Kekuatan Superman,” Tindakan Pantas Bapa Selamatkan Anak Dapat Perhatian Seluruh Dunia

Selain menyara keluarga, seorang bapa juga bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan keluarga terutama isteri dan anaknya. Perkara ini kerana seorang bapa merupakan pelindung kepada bahaya-bahaya yang terdedah kepada mereka. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya terdapat seorang bapa yang sanggup mempertaruhkan nyawa bagi memastikan keselamatan anaknya terjamin.

Perkara tersebut jelas dapat digambarkan melalui tindakan pantas seorang bapa yang menyelamatkan anaknya daripada lemas. Kejadian yang berlaku di Palm Beach, Florida bermula apabila Albert Passavanti membawa keluarganya menikmati masa terluang di salah sebuah kolam yang terdapat di situ. Anaknya yang berumur satu tahun telah terjatuh ke dalam kolam sehingga memaksa dirinya untuk terjun ke dalam kolam bagi menyelamatkannya.

Apa yang menariknya, Albert tanpa ragu-ragu melompat setinggi empat kaki bagi mengatasi penghadang kolam bagi menyelamatkan anaknya di dalam kolam.

Berdasarkan rakaman tersebut, Albert yang dilihat berbual bersama seorang lagi lelaki menyedari bahawa anaknya terjatuh ke dalam kolam. Menyedari insiden tersebut, Albert terus terjun mengatasi penghadang itu untuk terjun ke dalam kolam. Rakaman aksi tersebut terus telah tular dan menjadi perhatian di media sosial yang rata-rata netizen memuji tindakan dan keberanian bapa tersebut.

Menurut Albert, dia yang menyedari insiden itu tidak berfikir panjang dan terus bertindak sedemikian.

Ketika saya melihatnya, saya mendapat kekuatan Superman dan hanya perlu lakukannya.

Kejadian tersebut bagaimanapun diharapkan dapat dijadikan pengajaran oleh ibu bapa yang lain dan mengambil serius terhadap keselamatan ketika berada di kolam bersama keluarga terutamanya yang mempunyai anak kecil.

Sumber: Elite Readers

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa