Siakap Keli

Terbang Dengan NJOI, Rebut Peluang Tunaikan Ibadah Umrah, Hanya Tambah Nilai Dan Menang

Rasanya tak perlu nak diterangkan Panjang lebar lagi tentang keistimewaan NJOI Prepaid ini. Sebab korang pun mesti ramai yang dah tau NJOI Prepaid salah satu alternative untuk yang tidak mahu terikat dengan kontrak dan komitmen bayaran setiap bulan. Dengan mengandungi 49 saluran TV dan radio korang boleh nikmati pelbagai rancangan menarik dari dalam dan luar negara dengan hanya sekali bayar sahaja.

Korang nak tau satu berita menarik tak? Korang yang dah pasang NJOI di rumah tu korang hanya tambah nilai minimum RM20 sahaja korang layak menyertai peraduan NJOI Prepaid Top Up & Terbang dan rebut peluang menangi hadiah bulanan TV HD LED 40”, Perkakas memasak Vantage dan Shimono Vacuum Cleaner PRO. Hadiah bulanan ini hanya terhad kepada 10 pemenang setiap bulan sahaja bermula 1 Julai 2019.

Itu je ke hadiahnya? Eh, nanti dulu. Selain hadiah bulanan korang juga berpeluang merebut hadiah utama yang sangat menarik. Korang hanya perlu tambah nilai minimun RM100 dan anda berpeluang menjadi 2 pemenang bertuah memenangi 2 tiket penerbangaan pakej menunaikan umrah ATAU korang boleh pilih sama ada nak melancong ke Korea Selatan, Jepun, Bali dan Singapura. Pakej pelancongan ini sudah termasuk tempat penginapan dan insurans pelancong.

Bagi pengguna NJOI Prepaid beragama Islam, bayangkanlah hanya tambah nilai RM100 minimum korang dah berpeluang tunaikan ibadah Umrah. Tak perlu nak gunakan duit simpanan korang dan boleh bawak orang yang tersayang sekali mengerjakan ibadah Umrah. Jadi, apa yang korang perlu buat tambah nilai sebanyak mungkin untuk cerahkan peluang korang untuk menang.

Cara-cara untuk menyertai peraduan ini mudah saja, korang perlu tambah nilai minimum RM20 untuk 1 point. Jika korang tambah nilai RM100, korang layak mendapat 5 point untuk merebut hadiah utama pakej pelancongan Umrah atau 4 lagi negara lain. Selepas tambah nilai, korang perlu hantar penyertaan melalui SMS taip NAKNJOI (12 angka kad pintar) dan hantarkan ke 66688. Contoh: NAKNJOI<jarak>123456789010.

Untuk hadiah bulanan, 10 peserta akan dipilih secara rawak untuk menjawab beberapa soalan untuk dipilih sebagai 3 pemenang bertuah. Pemenang akan dipilih berdasarkan kepantasan menjawab soalan tersebut. Manakala, 7 peserta yang gagal akan menerima hadiah saguhati berupa tambah nilai NJOI Prepaid bernilai RM50. Bagi memilih pemenang hadiah utama pula, 5 sahaja peserta akan dipilih secara rawak untuk menjawab beberapa soalan dan hanya 2 peserta akan dinobatkan sebagai pemenang. Manakala, 3 yang gagal akan menerima hadiah saguhati.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, layari laman peraduan Top up & Terbang

Tunggu apa lagi? Top up NJOI Prepaid secara online sekarang!

 



Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)