Siakap Keli

Warga Emas Ditemui Lesu Dan Keliru Di Tepi Jalan Raya, Bahaya Pesakit Alzheimer

Penemuan orang ramai terhadap seorang lelaki warga emas di tepi jalan raya, tanpa sebarang identiti diri, mengarahkan orang ramai tersebut untuk menghubungi pihak polis.

Pihak polis yang tiba di lokasi kemudiannya menghampiri warga emas itu sambil memulakan dengan pertanyaan namun hampa, kerana warga emsa itu tidak dapat menjawab dan wajahnya kelihatan keliru.

Penemuan seutas gelang pada lengan warga emas oleh pihak polis membantu mereka untuk mengenal pasti warga emas tersebut.

Gelang pada tangan kanan lelaki warga emas itu mempunyai ukiran MedicAlert- Alzheimer, Hypertension 016-400678x

Rupanya warga emas itu merupakan pesakit Alzheimer. Penyakit ini adalah penyakit yang seseorang akan mengalami gangguan daya ingat pada sifat ringan, seperti lupa nama, benda, tempat, dan lupa dengan banyak hal lagi.

Penyakit ini biasanya disebut dan dikenali oleh orang ramai sebagai sakit nyanyuk.

Ternyata ini adalah kepentingan MedicAlert kepada pesakit-pesakit yang sebegini.

Berikut merupakan perkongsian cerita berkenaan oleh Public Health Malaysia.

Seorang lelaki warga emas ditemui dalam keadaan lesu dan keliru di tepi jalan raya. Orang ramai yang prihatin telah memaklumkan kepada pihak polis mengenai penemuan tersebut.

“Pakcik tinggal dimana? Mengapa pakcik berjalan jalan di tepi jalan begini” , soal pihak polis.

Warga tua itu tidak dapat menjawab pertanyaan pihak polis. Wajahnya tampak keliru dan buntu.

Tiada dompet, telefon bimbit atau kad pengenalan untuk membantu pihak polis mengenal identiti pakcik itu.

Di tangan kanannya ada seutas gelang tangan yang mempunyai ukiran,

“MedicAlert- Alzheimer, Hypertension 016-400678x”

Rupa rupanya pakcik tersebut adalah pesakit Alzheimer (nyanyuk). Maklumat gelang tersebut membantu pihak polis untuk mengetahui identiti dan masalah kesihatan beliau.

Ini merupukan kepentingan ‘MedicAler’. Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga atau anda sendiri merupakan seorang pesakit.

Boleh dapatkan ‘MedicAlert.’

Maklumat lanjut hubungi Yayasan MedicAlert Malaysia

Sumber : Public Health Malaysia

Eyen Mirlen

write deeply from your heart