Siakap Keli
Majlis Ulama ISMA

Dokumentari Khas Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Bakal Diterbitkan, Arahan Pengarah Popular

Allahyarham Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, satu nama yang amat terkenal bagi ramai pihak terutama umat Islam di Malaysia umumnya dan di Kelantas khasnya.

Beliau adalah bekas Menteri Besar Kelantan selama lebih kurang 24 tahun apabila memegang tampuk pemerintahan negeri bermula dari 1990 sehingga 2013.

Allahyarham juga adalah merupakan seorang guru agama yang dihormati, bukan sahaja di negara ini, namun di seluruh dunia menyebabkan beliau lebih mesra dengan gelaran Tok Guru berbanding Datuk.

Biswardi Hasbi

Tanggal 12 Februari 2015 merupakan tarikh yang menyedihkan apabila Tok Guru menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan ketika berusia 84 tahun.

Walaupun sudah meninggal dunia, ketokohannya terus menjadi bualan ramai sehingga kini. Oleh itu, pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia(YADIM) bersama pelakon dan pengarah terkenal, Sabri Yunus berasa perlu untuk menghasilkan satu dokumentari khas mengenai Allahyarham.

Menurut laman web rasmi YADIM, kedua-dua pihak kini sedang dalam perbincangan untuk menjayakan projek tersebut dan mereka telah mengadakan perbincangan mengenainya baru-baru ini.

Foto: YADIM

Selain Sabri Yunus, pertemuan itu telah disertai oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, yang merupakan anak kepada Tok Guru sendiri.

Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan pada 25 Jun yang lalu ialah bentuk penghasilan karya, jalan cerita, konsep, pulangan serta isu hak cipta.

Menurut Sabri, usaha menghasilkannya bukan mudah kerana status Allahyarham Tok Guru yang sangat dipandang tinggi namun jika projek ini berjaya, ia akan dipersembahkan dalam satu cara yang unik dan istimewa.

Sumber: YADIM

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.