Siakap Keli
Gambar : Facebook

(Video) Menyayat Hati, Dua Beradik Mati Lemas Dalam Parit

Parit Buntar : Dua beradik ditemukan mati lemas dalam parit berhampiran rumah mereka di Kampung Kuala Bagan Tiang dekat sini, semalam.

Mangsa Nor Ayuni Najatul Abdul Az Zahir, 8, dan kakaknya Nor Anisa Najwa Mohd Zaki, 10, ditemukan dalam parit yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah mereka oleh penduduk kampung pada 6 petang.

Gambar : Facebook

Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian DSP Sanusi Salleh berkata kedua-dua adik beradik tiri itu bermain di kawasan parit tersebut  selepas pulang dari sekolah agama berdekatan.

Sanusi berkata mayat  mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Gambar : Facebook

Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Zaki Abdullah, 45, berkata ketika kejadian, beliau berada di pekan Parit Buntar dan semasa pulang kira-kira pada 7 malam, beliau mendapati  kedua-dua anaknya tiada di rumah sebelum mencari mereka di kawasan sekitar.

”Saya mendapat maklumat daripada penduduk mengenai penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan di kawasan parit dan saya terkejut apabila mendapati itu adalah Nor Anisa Najwa dan kemudian Nor Ayuni Najatul pula ditemui,” katanya.

Mohd Zaki berkata jenazah mangsa akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid  Bagan Tiang pagi ini.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.