Siakap Keli
Gambar Hiasan

Facebook, Instagram Dan Whatsapp Mengalami Gangguan Teknikal Sejak Petang Tadi

Kenapa tiga aplikasi utama sosial media tidak dapat memuatnaik gambar atau video? Pasti ada yang tidak berpuas hati kan. Pasti ada yang ingat masalah ini adalah sistem Wifi atau masalah pada data telefon. Sabar! Ini sebabnya.

Umum mengetahui, Facebook, Instagram dan Whatsapp dijalankan dalam satu syarikat yang sama. Ketiga-tiga sosial media ini didakwa mengalami masalah sejak petang tadi.

Ini menyebabkan pengguna tidak dapat memuatnaikkan sebarang gambar dan video mahupun status di laman sosial media.

Menurut Glasgow, hal ini sudah terjadi sejak petang tadi di beberapa negara Eropah dan Amerika Syarikat. Namun, masalah ini sudah berlarutan di seluruh negara termasuklah di Malaysia.

Punca kejadian masih tidak jelas walaupun 82% pengguna sudah melaporkan masalah tersebut serta 11% berlaku di laman web dan 6% pengguna tidak dapat log masuk.

Sebarang maklumat lanjut masih belum ada sebarang kenyataan rasmi oleh pihak laman sosial tersebut.

Sumber: Glasgow.uk, Mirror.uk

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang