Bermimpi semasa sedang tidur adalah satu perkara yang normal bagi ramai orang. Sekiranya ia mimpi indah, sudah pasti kita akan menikmatinya dan tidak terlalu memikirkannya selepas bangun.
Namun, lain pula ceritanya jika kita mengalami mimpi ngeri. Menurut laman Dream Moods, antara mimpi yang paling kerap dialami ialah mimpi terjatuh dari tempat tinggi.
Ia seringkali menyebabkan seseorang itu terjaga dari tidur dalam keadaan dada yang berdebar atau ada juga yang berpeluh-peluh sehingga sukar untuk tidur kembali.

Tahukah anda yang mimpi seseorang berkait rapat dengan situasi emosi mereka ketika itu? Ya, menurut Dr. Cathleen O’Connor, penulis “The Everything Law of Attraction Dream Dictionary”, ia mungkin berpunca daripada rasa bimbang, takut atau risau yang menyelubungi seseorang ketika jaganya.
“Ia berkait rapat dengan hidup seseorang ketika sedarnya, mungkin mereka yang mengalami mimpi ini sedang berasa risau atau memikirkan sesuatu seperti masalah hubungan, pekerjaan, kewangan dan sebagainya,”katanya.
Perkara ini boleh dianggap remeh sekiranya berlaku hanya sekali sekala, namun ada juga individu yang mengalaminya lebih kerap daripada orang lain.
Jadi, bagi mengelakkan ia dari terus berlaku, golongan ini dinasihatkan untuk menenangkan diri sebelum masuk tidur, sembur wangian atau gunakan pewangi di dalam bilik.
“Apa yang penting ialah anda perlu mendapatkan semula ketenangan semasa keadaan sedar agar ia tidak mengganggu malam anda,”tambah Dr. Cathleen.
Sumber: HuffPost, Dream Moods