Siakap Keli
Foto: Facebook

Rasa Lemak Manis Dan Isi Kuning, Ini Wajah Yang Bertanggungjawab Kenalkan Durian IOI

Sebut sahaja raja buah, pasti ramai yang akan memperkatakan tentang durian. Bukan sahaja rasanya yang sedap berlemak, malah baunya juga boleh menyebabkan ramai yang ‘tertewas’.

Bagi penggemar durian, hampir pasti anda memiliki jenis-jenis durian kegemaran masing-masing. Antara jenis durian yang menjadi kegilaan ramai ialah durian jenis D168 atau lebih popular dengan panggilan durian IOI.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini laman FB Pendidikan Pemasaran FAMA Negeri Melaka ada berkongsikan sedikit sejarah mengenai durian berkenaan. Salah satu perkara yang diceritakan ialah wajah insan yang bertanggungjawab mendaftarkan benih durian IOI kepada mereka.

Inilah wajah Hjh Hasmah Hj Hashim.

Foto: Facebook

Wanita yg mendaftarkan durian dari baka D168 yang turut dikenali sebagai durian IOI iaitu Hjh Asmah ataupun Mas Muar.

Namun ada yang mendakwa bahawa benih D168 ini sebenarnya telah mula berada di dalam pasaran sejak dari tahun 1987 lagi. Walaupun pendaftaran secara rasmi benih berkenaan hanya dilakukan pada tahun 1989.

Walaupun sudah banyak buah D168 yang dijual di pasaran dek kerana rasa dan warna kuning oren yang menarik ramai peminatnya, namun, ramai penggemar durian masih berpendapat belum ada kualiti buah dari generasi berikutnya yang setanding pokok asal.

Pendidikan Pemasaran FAMA Negeri Melaka

Disertakan gambar Isi buah asal dari pokok D168 yang dijual pada 1987.

Kredit kepada posting asal daripada sifu durian – Hew Chen Choi .

Sumber: Pendidikan Pemasaran FAMA Negeri Melaka

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi