Siakap Keli

Pernah Alami ‘Dejavu’, Peristiwa Yang Sama Seakan Berulang? Ini Mungkin Antara Punca Anda Tak Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pernah mengalami situasi yang disebut sebagai ‘Dejavu’? Perkataan Dejavu ini sebenarnya berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud ‘Already Seen.’

Dejavu merupakan satu peristiwa dimana seseorang merasa bahawa pernah mengalami peristiwa tersebut sebelumnya.

Seseorang yang mengalami hal baru tersebut dan merasa terdapat persamaan dengan apa yang pernah dialami di masa lalu atau melihat perkara tersebut dalam mimpinya.

Seorang pengguna laman sosial telah berkongsi hal tentang Dejavu di laman twitternya.

Dalam tulisannya menyatakan bahawa 70% manusia di muka bumi ini pernah mengalami situasi Dejavu dan 30% lagi sama ada ingat tak ingat pernah mengalami atau tidak.

Roh?

Dipercayai bahawa semasa kita tidur, roh kita akan keluar dan kadang-kadang dia akan pergi ke tempat yang kita teringin sangat nak pergi.

Mainan otak?

Otak kita selalu dipermainkan dan otak kita sentiasa berfungsi pada setiap masa kecuali pada masa kita sudah meninggal. Bahkan, semasa kita tidur, masa itulah otak kita sangat ligat aktif berfungsi.

Namun jika anda sedang bertukang, kemudian seolah-olah tahu apa yang akan berlaku kemudian dan ternyata benar-benar berlaku seperti yang pernah anda gambarkan itu bukanlah ‘Dejavu’.

Walau apa pun punca Dejavu ini, begitu agak mustahil untuk kita huraikan.

Jelasnya pada tweet yang terakhir.

Sumber:

Eyen Mirlen

write deeply from your heart