Siakap Keli
Kredit: Boombastis.com

(Video)”Kami Tidak Akan Biar Ibu Pergi Lagi”, 30 Tahun Terpisah, Pertemuan Semula Ibu Dengan Anak Bikin Sebak

Kasih sayang seorang ibu kepada anak amat besar dan tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Meskipun telah 30 tahun terpisah, seorang wanita warga emas akhirnya dapat berjumpa semula dengan anaknya yang telah lama terputus hubungan.

“Kami ingit menghabiskan hidup dengan ibu selamanya. Kami tidak akan biarkan lagi ibu pergi, kami sangat merindukannya. Nanti kami akan berbincang dengan adik beradik bagi memutuskan bersama siapa ibu akan tinggal,” kata Sangkut Lestari, 35, anak sulung kepada Kasmi, 60.

Setelah lebih suku abad berpisah, Kasmi dipertemukan dengan anak-anaknya melalui usaha majikannya ketika dia bekerja sebagai seorang pembantu rumah.

Perpisahan mereka berlaku ketika Kasmi diajak oleh seorang kenalan untuk bekerja di bandar bagi mengubah nasibnya. Tanpa syak wasangka, Kasmi menerima ajakan tersebut namun impiannya berakhir dengan penyesalan apabila dia ditipu sehingga terkandas di sana.

Bagi meneruskan hidup, dia mencari pekerjaan sebagai pembantu rumah sehingga tahun 2013 ketika mana dia diambil bekerja oleh seorang pegawai polis di bandar tersebut.

Ketika berkerja di sana, Kasmi menceritakan kisah hidupnya kepada majikan tanpa menyangka majikan tersebut ingin membantunya mencari si anak.

“Saya ceritakan perjalanan hidup saya kepadanya. Saya tidak menyangka kalau ternyata beliau mencari jejak anak-anak saya,” katanya seperti dilaporkan media tempatan.

Detik pertemuan mereka disaksikan oleh orang ramai yang terharu melihat suasana hiba bersulam air mata.

Sumber: Boombastis.com

Amira

Love yourself.