Siakap Keli

“Zaman Sekarang Pengaruh Buruk Di Hujung Jari Je,” Ibu Ini Kongsi Aplikasi Untuk Pantau Anak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Segala apa yang kita lihat, baca dan dengar akan masuk ke dalam minda. Disebabkan itulah, ilmuwan dahulu kala amat menjaga semua pancaindera mereka bagi menjaga akal, kerana dari akallah lahirnya sebuah tindakan.

Baru-baru ini kita dikejutkan tindakan seorang kanak-kanak 12 tahun yang melakukan penderaan seksual ke atas seorang anak asuhan 4 tahun kerana terangsang melihat video lucah dalam telefon bimbit. Hal ini mengingatkan ibubapa agar berhati-hati dan memantau penggunaan internet oleh anak-anak.

Seorang pengguna Facebook, Azmuhaini Aini berkongsi satu aplikasi yang digunakannya untuk memantau penggunaan gajet anaknya. Berikut merupakan perkongsian tersebut.

Terkejut dengar berita budak 12 tahun merogol anak asuhan.
Ya Allah lindungilah anak-anak kami semua.

Dari berita tu kata semua tu pengaruh gajet.
Yelah kan zaman sekarang semua di hujung jari, cari je apa, tekan je apa, share je apa semua keluar.

Mungkin ada yang dah tau aplikasi ni, tapi yang belum tahu harap membantu.

App ni saya install lama jugak lah untuk pantau setiap pergerakan kegunaan telefon si kakak.

Yup, kakak ada telefon sendiri dan telefon dia memang saya pasang kan line, jadi internet dan panggilan tanpa had. Supaya dia senang nak telefon keluarga dan kegunaan kerja sekolah.

Tapi semua ada batas.

Jadi saya pasang aplikasi ni, Family Link.

Kat app ni saya boleh pantau apa yang kakak sedang buat. Contoh dia tengah online ke, dia tengah tengok Youtube ke, tengok game ke apa ke, semua saya boleh tahu. Dan berapa lama dia tengok dan kali terakhir dia online semua saya tahu.

Dan paling penting, saya tahu lokasi telefonnya berada dimana. Tak kisah saya tengah kerja, dia di rumah, semua saya boleh pantau sebab nya ada notifikasi.

Dan di app ni juga saya kawal penggunaannya, jadi saya akan set masa ikut saya. Jadi sampai masa telefon ini akan padam sendiri dan dia tak boleh tekan mana-mana button melainkan call sahaja. Kalau dia perlu buka juga telefon, dia perlukan nombor kod daripada telefon saya.

Puan Azmuhaini turut berkongsikan tips penggunaan aplikasi tersebut seperti berikut;

  1. Pasang aplikasi dalam kedua-dua telefon ibubapa dan anak yang ingin dipantau menggunakan emel. Untuk telefon ibubapa, pasang Google Family Link For Parent manakala untuk anak pasang Google Family Link For Children & Teens.
  2. Anak tak dapat nyahpasang (uninstall) melainkan ibubapa tekan Stop Supervision. Ibubapa boleh nyahpasang dan muat turun kembali untuk meneruskan pemantauan seperti biasa.
  3. Ibu bapa boleh kawal permainan mudah alih dan set tontonan movie sehingga 18 -SG atau 18-SX.
Aplikasi boleh dimuat turun melalui Playstore. (Kredit: Azmuhaini Aini)
Paparan skrin telefon anak yang dipantau. (Kredit: Azmuhaini Aini)
Paparan melalui telefon ibubapa. (Kredit: Azmuhaini Aini)
Kod ini akan berubah dari masa ke masa. Anak-anak tidak perlukan kod ini jika ingin mengakses telefon setelah tamat masa dibenarkan. (Kredit: Azmuhaini Aini)
Ibubapa boleh mengawal masa anak mengakses telefon. (Kredit: Azmuhaini Aini)
Paparan skrin anak apabila telefon dikunci setelah tamat masa akses yang dibenarkan ibubapa. (Kredit: Azmuhaini Aini)

Sumber: Azmuhaini Aini

Amira

Love yourself.