Siakap Keli
Gambar via Bernama/Idham

Anak Tak Boleh Berjalan Kesan Pencemaran Sungai Kim Kim, Bapa Luah Rasa Kesal Sikap Pihak Berwajib

Pencemaran di Pasir Gudang menimbulkan pelbagai spekulasi dan reaksi marah rata-rata penduduk. Perkara ini kerana pencemaran tersebut telah menjejaskan kesihatan penduduk sekitar terutamanya pelajar dan guru. Berikutan itu, proses pembelajaran di sekolah terganggu kerana penutupan sekolah dan juga kesihatan pelajar yang terjejas.

Terkesan dengan perkara tersebut, seorang individu meluahkan rasa kesal dan kecewa ketika menghadiri sesi Townhall bersama Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim,  Yeo Bee Yin bersama pihak industri beberapa hari lalu.

Reaksi kesal itu berikutan tindakan sesetengah pihak yang belum memutuskan jalan penyelesaian seperti menutup operasi kilang berhampiran.

Tambahan lagi, dia mendakwa anak lelakinya turut menjadi mangsa sehingga menyebabkan keadaan fizikalnya terjejas.

Dia akan mengambil UPSR bulan 9. Sekarang di sekolah satu bulan datang dua hari saja. Dan dia pelajar terbaik. Jika anda semua tak serius, ianya akan terjadi kepada anak anda sendiri.

Duit bukan datang daripada poket awak, duit daripada poket saya hari-hari hantar anak pergi hospital.

Kalau awak perlu tutup kilang, lakukan, tutup kilang anda. Nyawa lebih penting.

Saya kecewalah, NATO, No Action Talk Only. Dah tiga bulan dah benda ni. Ambil seriuslahh.

Menurutnya, Irfan Wafi, 12 merupakan pelajar terbaik sekolah, namun akibat pencemaran toksik yang berleluasa, Irfan merupakan salah seorang mangsa yang sehingga kini masih berada dalam kondisi pemulihan berikutan pencemaran lalu.

Perkara ini jelas dilihat menerusi rakaman yang dimuat naik sendiri oleh bapanya di halaman Facebook.

Dah 3 bulan lepas kejadian Toksik Sg Kim Kim… tp Irfan Masih Tk boleh berjalan normal… ini yg korang kata sakit biasa biasa?

Menerusi rakaman itu, pergerakan kaki adik Irfan masih terketar-ketar dan pergerakannya terbatas untuk melakukan aktiviti rutin harian seperti solat dan menguruskan diri.

Nasib yang menimpa adik Irfan ini harus dipandang serius oleh pihak yang terbabit supaya tidak akan melibatkan lebih ramai pelajar pada masa akan datang.

Terdahulu, kawasan Pasir Gudang terpalit dengan situasi pencemaran yang dipercayai berpunca dari Sungai Kim Kim yang telah menyebabkan ramai penduduk termasuk pelajar dan guru mengalami sesak nafas dan juga kesihatan yang terjejas.

Sumber: OPS Johor, Idham Wazir,

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa