Siakap Keli
Gambar: Bernama

Kerajaan Ambil Langkah Drastik, Kilang Haram Di Pasir Gudang Akan Ditutup

Berikutan isu pencemaran yang sekali lagi berlaku selepas insiden Sungai Kim Kim pada Mac lepas, pihak kerajaan mengambil langkah drastik untuk memastikan semua kilang yang didapati beroperasi secara haram di Pasir Gudang, Johor ditutup. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.

Tambahnya lagi, langkah ini diambil bagi mengawal kualiti udara di kawasan berkenaan yang kini terpalit dengan isu pencemaran sehingga menjejaskan penduduk sekitar terutamanya warga sekolah.

Hari ini saya ada satu mesyuarat dengan Menteri Besar Johor, kita akan membuat sesuatu yang mana kita nak sasar kilang-kilang haram. Dalam masa sebulan ini kita akan adakan operasi bersepadu supaya kita tutup semua kilang-kilang haram di Pasir Gudang.

Berikutan itu, Yeo Bee Yin juga meminta supaya anggota-anggota Dewan Rakyat dan rakyat di sekitar Pasir Gudang memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat-maklumat tentang kilang haram yang terdapat di kawasan tersebut. Tegasnya, pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan terus ke kilang yang dilaporkan dan mengambil tindakan untuk menutup kilang yang beroperasi secara haram.

Sumber: Bernama

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa