Siakap Keli
Gambar: County Press

“Maafkan Kami,” Facebook Dan Instagram Guna Akaun Twitter Mohon Maaf Atas Masalah Teknikal

Malam ini kita dikejutkan dengan ganguan teknikal yang dihadapi oleh tiga aplikasi utama, Facebook, Instagram dan Whats App. Mungkin pada mulanya kita pasti menyangka ia terjadi akibat gangguan internet, manakan tidak tatkala kita cuba menekan gambar-gambar di laman media sosial, ia kelihatan seakan-akan ‘loading’.

Insiden ini bukan sahaja terjadi di Malaysia tetapi di negara Eropah, Amerika Syarikat sehingga berlarutan ke beberapa negara lain, Ia dikatakan telah terjadi sejak petang tadi. Malah, tanda palang #FacebookDown dan #InstagramDown mula menghiasi segenap ruang media sosial.

Lantaran itu, pihak Facebook dan Instagram telah memuatnaik ciapan di laman Twitter mereka untuk memohon maaf.

 

“Kami dimaklumkan bahawa ada pihak yang mengalami gangguan untuk memuatnaik, menghantar gambar mahupun video ke laman Facebook dan Instagram. Justeru, pihak kami mohon maaf atas segala kesulitan ini dan sedang berusaha untuk memulihkan keadaan ini secepat mungkin.”

Sumber: Facebook & Instagram 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.