Siakap Keli
Gambar: The Independent

Penumpang Tercampak Dari Pesawat Ketika Pendaratan Nyaris ‘Hempap’ Penduduk

Baru-baru ini, penduduk di London digemparkan dengan kejadian seorang penumpang dari salah satu pesawat yang ingin mendarat tercampak ke halaman rumah salah satu penduduk di Clapham, selatan London. Penumpang tersebut yang telah maut dipercayai merupakan penumpang ‘gelap’ yang bersembunyi di bahagian perut pesawat sebelum terjatuh setelah roda dikeluarkan. Pesawat yang terlibat dalam insiden ini ialah milik syarikat penerbangan Kenya Airways.

Menurut pihak polis yang terlibat, penumpang tersebut berkemungkinan telah mengikuti penerbangan pesawat tersebut dari Nairobi ke Heathrow. Namun, malang menimpa dirinya apabila terjatuh ketika pesawat tersebut ingin mendarat di Bandar udara Heatrow saat roda pesawat dibuku. Penumpang tersebut dilaporkan jatuh dari ketinggian kira-kira 914 meter atau 3.000 kaki terus ke halaman rumah seorang penduduk di bandar berkenaan.

Tambahan lagi, tubuh penumpang yang tercampak dari pesawat itu dikatakan nyaris menghempap seorang penduduk yang sedang bersantai di halaman rumahnya. Menurut saksi kejadian, dia terkejut setelah mendengar bunyi yang kuat dari luar rumah dan menyangkakan bunyi tersebut dari kerja-kerja pembinaan.

Penumpang itu jatuh tepat di sebelah penduduk itu yang kebetulan sedang berada di halaman rumah. Saya bersyukur dia tidak dihempap bersama. Dia masih dalam keadaan terkejut.

Walau bagaimanapun, tubuh badan penumpang yang jatuh itu dikabarkan berada dalam keadaan yang baik namun bahagian kepalanya dikabarkan sangat teruk.

Kepalanya berada dalam keadaan yang tidak baik. Saya baru tersedar bahawa dia pasti terjatuh.

Setelah siasatan dan pemeriksaan dijalankan, pihak polis telah menjumpai kain dan makanan yang telah disembunyikan pada bahagian roda pesawat. Kejadian seperti ini dikatakan bukanlah pertama kali terjadi namun telah menjadi kebiasaan berlaku sekali dalam tempoh lima tahun.

Sumber: Suara

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa