Siakap Keli

Sakit Hati Selalu ‘Reject’, Bekas Programmer Ini Dedah Sebab ‘Vending Machine’ Tolak Sesetengah Duit

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pasti anda pernah mengalami situasi di mana mesin pembayaran layan diri tidak menerima duit yang anda masukkan, kan? Perkara ini biasanya berlaku pada mesin layan diri seperti mesin pembayaran parkir dan mesin air serta makanan ringan.

Ramai yang berfikir ia berpunca daripada not kertas palsu ataupun terlipat, namun hakikat sebenarnya agak berbeza.

Seorang bekas programmer, Nurfitriainii telah berkongsikan punca sebenar masalah itu berlaku yang mungkin kebanyakan kita tak pernah terfikir.

Katanya, ia berpunca daripada tandatangan yang berbeza di atas wang kertas tersebut. Aini mendakwa mesin layan diri rata-ratanya hanya menerima wang dengan tandatangan bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan menolak wang bertandatangan gabenor yang baru, Datuk Muhammad bin Ibrahim. Sungguh tak sangka!

Namun jangan risau, mesin yang menolak not bercop tanda tangan gabenor BNM yang baru bukanlah kerana ia feminis, tetapi mungkin disebabkan pemaju yang tidak mengemaskini sistem mesin berkenaan bagi mengenalpasti dan menerima not baru.

Aini berkata, setiap mesin layan diri telah diprogramkan untuk menerima wang dengan ciri-ciri yang spesifik misalnya cetakan wang kertas, alur dan berat syiling.

Oleh itu, wang yang tidak menepati ciri-ciri yang telah diprogramkan akan ditolak oleh mesin tersebut. Dalam hal ini, not dicetak bermula 29 September 2016 dengan tanda tangan gabenor baru mungkin ditolak kerana berlaku perubahan pada cetakan berbanding not lama yang telah diprogramkan oleh pembangun sistem mesin tersebut.

Jadi jangan risau, ia tidak bermakna wang yang anda gunakan merupakan wang palsu. Ia mungkin kerana pemprograman mesin sahaja.

Sumber: Nurfitriainii, BNM

Amira

Love yourself.