Siakap Keli

“Saya Rasa Diterima Dan Dapat Peluang Kedua,’ Lelaki Bangun Tidur Terus Rasa Nak Peluk Islam

Bagi memastikan hari paling istimewa dalam hidup sentiasa segar dalam ingatan, kebanyakan orang akan memilih tarikh yang bermakna bagi melaksanakan impian yang telah lama diidamkan. Seperti contoh, pasangan yang bakal berkahwin akan memilih tarikh-tarikh tertentu yang dianggap mempunyai kaitan dengan hubungan mereka untuk disatukan.

Namun, lain pula bagi seorang mualaf yang menjadikan bulan kelahiran kekasihnya sebagai tarikh untuknya memeluk Islam. Kisah ini telah dimuat naik sendiri oleh mualaf lelaki berkenaan menerusi laman Twitter miliknya.

Lelaki kelahiran Kuala Lumpur yang bernama Alexander Bin D Santiago itu telah memeluk Islam pada tarikh istimewa baginya iaitu 09/02/2019. Sebelum itu, dia telah memberitahu kekasihnya ingin melaksanakan hasratnya untuk memeluk Islam pada tarikh berkenaan. Namun, kekasihnya itu tidak mengetahui atas alasan apa tarikh tersebut dijadikan pilihan.

Satu hari selepas bangun tidur, saya memberitahu kekasih saya untuk memeluk Islam pada 09/02.

Dia langsung tidak tahu kenapa tarikh tersebut.

https://platform.twitter.com/widgets.js

https://platform.twitter.com/widgets.js

Menurutnya, dia memilih tarikh berkenaan disebabkan angka 09 merupakan bulan kelahiran kekasihnya iaitu bulan September manakala angka 02 pula dikaitkan dengan bulan menyambut Hari Kekasih (Valentines). Baginya, tiada perkara yang lebih penting dan berharga dari tarikh yang sangat istimewa tersebut.

Pertama, tarikh saya memeluk Islam yang menyebabkan saya rasa diterima dan dapat peluang kedua dalam hidup. Kedua, bulan kelahirannya yang membuatkan saya bersyukur kepada tuhan kepada manusia yang bakal menjadi tunang saya ini. Ketiga, Valentines adalah setiap hari bersamanya.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana semua orang telah menerima dirinya. Baginya, tiada yang terlambat untuk kembali kepada sesuatu atau kembali kepada Allah. Orang disekelilingnya seperti keluarga dan rakan-rakan turut bangga dengan tindakannya yang memeluk Islam.

Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut memuji tindakannya dan juga memberikan kata-kata semangat bagi saudara baru mereka itu.

“Letakkan diri dengan kelompok-kelompok manusia yang jaga hubungan dengan Allah”

“Semoga brother terus istiqamah”

“Semoga Allah merahmati kamu dan seluruh manusia di dunia ini”

Sumber: AlexSantiago

syafiq halim

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.