Siakap Keli
Gambar: Hajjah Rohana Saad

“Semakin Kau Iri Dan Dengki, Semakin Allah Tarik Kau Punya Rezeki.”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Kau boleh memilih untuk menjadi bulan, tetapi bisa saja kau dengki saat melihat gemerlapan bintang” – Gary Allan

Orang kata kecantikan luaran bermula dari dalam diri sendiri. Miliki peribadi dan perilaku mulia sememangnya salah satu bonus yang pastinya diinginkan semua. Tetapi sayang, kita manusia biasa, punyai kelemahan apatah lagi sempurna.

Punya hati dan perasaan yang kadangkala terkhilaf kawalan. Tipulah kalau kata, kita tak pernah berasa dengki mahupun iri. Jangan cuba nafikan realiti. Tatkala melihat kejayaan orang lain, pastinya terdetik satu perasaan.

Di sinilah muncul kata-kata:

“oh, aku pun boleh berjaya seperti dia.” atau ” Eleh, aku pun boleh berjaya macam dia, aku lagi hebat kot,”.

Terserah, kita yang memilih untuk jadikan perkara itu sesuatu yang positif atau sebaliknya. Justeru, terpanggil untuk berkongsi rasa dengan orang ramai, seorang pengguna Facebook, Hajjah Rohana Saad telah berkongsi nasihat sebagai pengajaran untuk semua.

Semakin Kau Iri Dan Dengki, Semakin Allah Tarik Kau Punya Rezeki

Hidup jangan terlalu dengki dengan kelebihan orang lain. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Cuma sentiasa kena bersyukur dengan apa yang ada. Jangan pernah iri terhadap kejayaan orang lain, kerana kita tidak pernah tahu letihnya ia dalam memperjuangkan kejayaannya dan berapa kali ia jatuh namun bangkit kembali.

Gambar Hiasan

Iri hati membuat kau sedih melihat orang lain bahagia. Dan bahagia saat melihat orang lain sedih. Melihat pencapaian orang lain?. Terinspirasi jangan iri, jangan dengki. Kalau lapang hati, lapang pula rezeki. Jangan iri dan dengki dengan kejayaan dan pencapaian orang lain, kerana setiap orang yang menerima lebih akan diminta lebih juga dalam hidup ini, sehingga kita tak perlu iri, tapi bersyukur apa yang diberi ALLAH saat ini.

Kunci nikmat itu merasa memiliki dan menikmati apa yang ada, bukan dipaksa untuk harus ada.

Satu tips untuk berjaya, jangan ada sifat iri hati dan dengki dengan kejayaan orang lain. Sebab? Itu rezeki dia, rezeki kau ALLAH bagi nanti, sabar!.

Bila air yang sedikit dapat menyelamatkan kau dari dari rasa haus. Tak perlu meminta air yang lebih banyak yang kemungkinan akan menenggelamkan kau. Selalulah belajar merasa cukup dengan apa yang kau miliki. Saat hati sempit, rasa benci, rasa sakit hati dan segala rasa yang menyesakkan segera buka Al-Quran, baca dan resapi ertinya.

Allah janji penyembuh dari segala penyakit hati. Perbanyakkan zikir. Perbanyak mengingat Allah. Hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenang.

Gambar Hiasan

Ketika kau merasa lebih gagal dibandingkan dengan orang lain. Ketika kau merasa miskin sedangkan orang lain kau lihat mereka senang dan mewah. Kau tidak perlu kecewa dan bersedih. Kekecewaan dan kesedihan tidak akan mengubah hidup kau. Yang paling penting kendalikan hati agar tidak iri dan dengki.

Semakin kau iri dan dengki, semakin banyak Allah tarik kau punya rezeki. Sedangkan jika kau bersyukur, pasti Allah melipat gandakan rezeki kau lagi.

Perasaan yang paling bahaya adalah iri dan dengki, kerana ia melahirkan kebencian. Dan kebencian akan membunuh kau perlahan.

Iri hati dan dengki adalah penyakit hati yang mampu memporak-perandakan hidup. Selama kita punyai rasa iri hati dan dengki, jangan harap kita akan bahagia. Jangan pernah iri dengan apa yang orang lain ada, setiap orang punya masalahnya sendiri..jadi bersyukurlah. Iri hati dan dengki menghapus kebaikan dan kebahagian, hidup penuh tekanan dan kekecewaan.

Kalau hati kita senang melihat orang lain susah, maka hati kita tengah sakit. Dan segerakanlah ubati sebelum hati mati. Dengan apa?.. Banyakkan syukur, banyakkan istighfar.

Sumber: Hajjah Rohana Saad

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.