Siakap Keli
Kredit: Kompas.com

Tuah Guna Nama Unik, Bayi Terima Pelbagai Hadiah Dari Google

Masihkah anda ingat bayi yang dinamakan Google oleh ibu dan ayahnya? Google dilahirkan di Rawalumbu, Kota Bekasi, Jawa Barat pada November tahun lepas.

Untung bagi si Google, berita mengenai namanya yang unik itu telah tular sehingga ke pengetahuan Google Indonesia.

Berikutan itu, Google Indonesia mengambil keputusan untuk mengirim cenderamata penghargaan kepada bayi tersebut sebagai kenang-kenangan.

Menurut ibunya, Ella Karina, Google telah menghantar beberapa jenis hadiah kepada bayi tersebut menggunakan khidmat lori penghantaran ke rumah mereka.

“Ada beberapa barang penghargaan dan kenang-kenangan buat baby Google,” katanya ketika dihubungi media tempatan.

Kredit: Kompas.com

“Salah satunya ialah baju yang dipakai dalam gambar baby Google itu,” tambah Ella merujuk kepada baju berwarna biru bertulisan “Google” yang dipakai anaknya.

Pihak Google Indonesia turut menghubungi ayah Google, Andi Cahya untuk mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi tersebut dan mendoakan supaya Google menjadi anak yang berguna kepada semua orang.

Ella yang kurang menyukai nama tersebut pada awalnya kini mengaku semakin yakin dengan nama anaknya. Dia berterima kasih kepada Google Indonesia atas hadiah yang diberi walaupun tidak mengharapkan penghargaan daripada syarikat itu.

Sumber: Tribun Jateng

Amira

Love yourself.