Gejala ketagihan dadah di negara ini sudah dilihat masih lagi berleluasa walaupun pelbagai usaha telah dijalankan, baik di peringkat kerajaan mahupun di peringkat komuniti.
Namun, perkara itu tidak menghalang pihak berkuasa untuk meneruskan usaha murni mereka dalam memerangi musuh nombor satu negara tersebut.
Baru-baru ini, pihak Polis Diraja Malaysia(PDRM) telah menjalankan operasi bagi menahan mereka yang terlibat dengan dadah di Pulau Langkawai. Stesen TV3 telah membuat liputan mengenai operasi itu melalui slot di Buletin Utama.
Video pendek berdurasi lebih kurang 3 minit 14 saat mengenainya juga telah dikongsi secara atas talian melalui akaun Facebook mereka. Di sebalik ketangkasan pihak PDRM yang dipamerkan dalam video tersebut, ada satu perkara lagi yang mendapat perhatian netizen pada video itu.
PDRM Gempur Aktiviti Dadah Di Langkawi
PDRM Gempur Aktiviti Dadah Di LangkawiPulau Langkawi yang terkenal sebagai destinasi bebas cukai, kini terpalit dengan aktiviti pengedaran dan penyeludupan dadah.Bagi mengekang kegiatan semakin berleluasa, Polis Diraja Malaysia merangka strategi dan usaha untuk membersihkan pulau peranginan tersebut dari bahan terlarang itu.
Posted by Buletin TV3 on Tuesday, 2 July 2019
Sekiranya anda melihat semula di antara minit ke 1:20 hingga 1:40, seorang suspek yang ditahan selepas cuba melarikan diri telah memberi alasan pergi menangkap burung selepas disoal oleh salah seorang pegawai di sana.



Perkara itu jelas mencuit hati netizen yang rata-rata menganggap alasan tersebut melucukan. Apa-apa pun, diharapkan mereka yang ditahan pada operasi ini akan sedar dan meninggalkan segala gejala tidak sihat melibatkan najis dadah di masa akan datang.
Sumber: FB Buletin TV3