Siakap Keli

Amaran Ribut Petir Bermula Petang Ini Di Empat Buah Negeri – MetMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa buah negeri melibatkan negeri Semenanjung dan luar Semenanjung.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dijangkakan negeri yang terlibat ialah Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Kawasan yang dijangka terlibat sehingga jam 7 malam ini ialah Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang (Terengganu), Rompin (Pahang), Tampin (Negeri Sembilan), (Melaka), Tangkak, Segamat, Muar dan Kluang (Johor).

Orang ramai yang berada di kawasan berkenaan diharapkan lebih berhati-hati terutamanya bagi yang pulang daripada kerja pada petang ini.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa