Siakap Keli

Harga Minyak RON97 Naik, RON95 Dan Diesel Kekal

Kementerian Kewangan hari ini mengemaskini harga baru minyak petrol bermula 6 Julai sehingga 12 Julai 2019. Berikut mengikut pengiraan di bawah formula APM :

1. Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 4 sen seliter iaitu daripada RM2.49 seliter kepada RM2.53 seliter;

2. Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter; dan

3. Harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.

Harga runcit bagi RON95 dan diesel dikekalkan pada paras sama selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Menurut kenyataan itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh itu adalah berjumlah RM99.53 juta.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.