Siakap Keli
Gambar Hiasan

Muat Turun Percuma Je, Tapi Ramai Tak Tahu Macam Mana Aplikasi Percuma Ini Jana Keuntungan

Mark Zukerberg pernah menyatakan bahawa aplikasi Whats App yang mempunyai engangement yang lebih tinggi berbanding dengan laman Facebook itu sendiri.

Menjelang Februari 2018, pengguna aplikasi Whats App telah mencecah kira-kira 19.3 Bilion (USD) dan pastinya anda termasuk di kalangan komuniti itu. Whats App adalah perkhidmatan penghantaran mesej teks, panggilan suara, imej, video mahupun dokumen lain yang menjadi pilihan ramai masa kini kerana ianya percuma.

Gambar Hiasan

Ya percuma! Anda hanya perlu memuat turunnya dan gunakan tanpa sebarang bayaran. Tetapi tahukah anda nilai pasaran untuk aplikasi ini adalah berbilion-bilion (USD). Bagaimanakah mereka mampu bernilai sebegitu rupa? Dan bagaimanakah mereka membuat keuntungan sedangkan kita menggunakannya secara percuma?

Ini Caranya Aplikasi Percuma Seperti Menjana Keuntungan?

[1] Pembelian Aplikasi

Sebelum tahun 2013, para pengguna Iphone terpaksa membayar 1 USD untuk memuat turun aplikasi Whats App. Namun setelah itu, ia boleh dimuat turun secara percuma untuk tahun pertama oleh semua pengguna Android mahupun Iphone. Tetapi tahun seterusnya mereka dikehendaki untuk membayar 1 USD selagi mana mereka tidka menukar nombor telefon.

Namun ada sesetengah negara yang langsung tidka pernah dikenakan cas untuk memuat turun aplikasi ini.

[2] Model ‘Freemium’

Sedangkan aplikasi permainan percuma juga mampu menjana keuntungan yang banyak. Model freemium ini membolehkan pengguna memuat turun aplikasi tanpa bayaran, tetapi akan mengenakan bayaran untuk ciri tambahan, nyawa mahupun kuasa, untuk menjadi yang ‘terhebat’ dalam permainan tersebut.

Gambar Hiasan

[3] Pengiklanan

Mungkin ada yang menyedari tatkala kita sedang mengunakan aplikasi seperti Facebook, Wechat, Instagram ataupun ketika bermain game di telefon bimbit, tiba-tiba akan muncul iklan yang memaparkan produk keluaran terbaru mahupun promosi terkini. Ini sebenarnya merupakan slaah satu cara untuk aplikasi-aplikasi percuma ini menjana keuntungan.

Namun setakat ini, Whats App masih belum lagi menggunakan teknik ini seperti yang dilakukan oleh aplikasi lain.

Tetapi perkara terpenting yang membuatkan nilai Whats App ini tinggi adalah kerana ia mempunyai peluang yang tinggi, memiliki prospek masa depan dan data tentang pengguna. Semuanya mempunyai nilai.

Sumber: Idtech

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.