Siakap Keli
Gambar Hiasan

Penemuan Dadah Di Lokap, Anggota Polis Ditahan

JOHOR BAHRU – Seorang anggota polis berpangkat koperal sokongan, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan dadah di kawasan lokap Mahkamah Johor Bahru, tiga hari lepas.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata bagaimanapun lelaki berusia 42 tahun yang merupakan Pengawal Pengiring Ibu Pejabat Polis (IPD)  Daerah Seri Alam itu, dibebaskan  dengan jaminan polis setelah tempoh reman selama tiga hari bermula Rabu, tamat hari ini.

“Suspek ditahan untuk membantu siasatan dan kes ini masih lagi dalam siasatan.

“Bagaimanapun dia dilepaskan atas jaminan polis dan kita juga akan memanggilnya bila-bila masa sahaja untuk mendapatkan lagi keterangan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Terdahulu, suspek ditahan di kawasan lokap mahkamah itu, pada pukul 3.30 petang Rabu.

Menurut Mohd Kamaruddin, tangkapan terhadap suspek adalah bagi membantu siasatan susulan penemuan dadah disyaki jenis syabu seberat 148.96 gram, ganja 391.60 gram, heroin 184.85 gram dan pil Erimin 5 seberat 5.68 gram oleh anggota lokap polis Mahkamah Johor Bahru.

Katanya,  hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati suspek negatif dari sebarang jenis dadah.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Sesyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: BERNAMA

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.