Siakap Keli

“Pihak Kami Amat Kesal,” Lebih 20 Ribu ‘Share’, Ramai Tertipu Maklumat Baru Agihan Kategori Umur Di Malaysia

Baru-baru ini, media sosial menerima khabar angin dengan maklumat berkaitan agihan terbaru kategori umur di Malaysia yang didakwa dikeluarkan oleh Syed Saddiq.

Kategori tersebut menunjukkan had umur bagi seseorang belia adalah antara 18 sehingga 30 tahun. Ini bermakna, bagi seseorang yang berumur 31 tahun atau lebih daripada itu dianggap sebagai warga emas dan berhak untuk menerima faedah yang telah diwartakan sebelum ini.

Berikutan dakwaan ini, rata-rata netizen memberikan reaksi yang bercampur-baur, ada yang kesal dan ada juga yang bersetuju.

Pun begitu, hal ini secara tidak langsung telah menjejaskan imej Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Menerusi laman Twitter rasmi #TeamSaddiq, kenyataan yang sedang tular di media sosial itu dikatakan sebagai kenyataan palsu.

Status tersebut turut dikongsi oleh Syed Saddiq sendiri melalui akaun rasmi miliknya semalam.

Dalam pada itu, mereka turut menyatakan kekesalan terhadap segelintir pihak yang menyampaikan kenyataan tersebut sehingga telah menimbulkan ketidak-senangan hati dalam kalangan rakyat Malaysia.

Apa yang lebih teruk, maklumat palsu tersebut telah menerima lebih 20,000 perkongsian melalui akaun Facebook seorang individu sejak semalam.

 

Sumber: Twitter #TeamSaddiq

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa