Siakap Keli
Gambar: Umminani

“Tak Pasal-Pasal Budak Sekolah Jadi Mangsa,” Orang Ramai Bimbang Aspek Keselamatan Segelintir Pihak Bas Sekolah

Semalam, kita dikejutkan dengan kejadian yang menimpa seorang kanak-kanak berusia 12 tahun maut selepas bas yang dinaikinya mengalami kerosakan pada bahagian lantai. Kejadian yang berlaku di Kampung Kandis itu adalah disebabkan lantai bas berkenaan dilaporkan berlubang sehingga menyebabkan mangsa terjerlus jatuh dari lantai tangga bas tersebut.

Walau bagaimanapun, lantai tersebut sebenarnya sememangnya telah berlubang namun telah ditutup sebelum itu. Mangsa dikatakan mengalami kecederaan yang teruk diseluruh badan dan meninggal di tempat kejadian.

Perkara ini bagaimanapun telah menimbulkan kekesalan pelbagai pihak yang mengikuti kejadian tersebut. Rata-rata netizen membuat pelbagai spekulasi terhadap pengurusan sekolah dan juga pihak bas yang bertanggungjawab terhadap kejadian ini.

“Bas-bas buruk boleh buang atau jual kepada pembeli besi buruk”

“Cikgu bukan naik pun bas  buruk kan”

“Boleh saman dah syarikat bas tu”

“Tak pasal-pasal budak sekolah jadi mangsa”

Walau bagaimanapun, netizen juga menyatakan kekasalan mereka terhadap segelintir netizen yang memberikan reaksi suka terhadap kejadian yang menyedihkan itu. Perkara ini dilihat tidak menghormati mangsa dan juga perasaan ahli keluarga.

Walau bagaimanapun, diharapkan warganet tidak membuat kesimpulan awal mengenai kemalangan maut yang berlaku ini. Semoga kejadian yang berlaku ini dapat menyedarkan pelbagai pihak supaya lebih berwaspada dan menitik beratkan faktor keselamatan selepas ini.

Sumber: Facebook

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa