Siakap Keli

Tragis, Wanita Mengandung Diserang, Perut Ditendang Sehingga Keguguran, Janin Pula Dipijak

Seorang wanita berusia 26 tahun dan mengandung 5 bulan didakwa telah diserang dalam satu pergaduhan di sebuah majlis perkahwinan di Uttar Pradesh, India.

Tavasum tiba di balai polis di Etah Uttar Pradesh, India pada hari Selasa bersama anggota keluarganya untuk membuat aduan terhadap pelaku yang bertindak menendang perut dan memijak janinnya yang keguguran di tempat kejadian.

Dilaporkan Tavasum juga membawa janinnya ke balai polis sebagai sebahagian daripada bukti aduannya.

Ayah mertua Tavasum, Manzur Ali memberitahu Times of India “Saya bersama isteri, anak-anak dan menantu saya Tavasum, pergi ke Kidwai Nagar bagi menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki saya Salman, di mana terdapat enam yang tertuduh berasal dari Badaun turut hadir.”

“Mereka menyerang anggota keluarga saya dan menendang menantu saya yang sedang mengandung sehingga dia mengalami keguguran.”

Dia memaklumkan bahawa dia ditendang berulang kali di perut.

Keluarga mangsa juga membawa laporan perubatan janin dari sebuah hospital swasta di Agra. Mereka mendakwa selepas serangan itu, mereka mengakui Tavasum telah keguguran.

Autopsi janin akan dilakukan bagi menentukan tuntutan mangsa, kemudian menangkap tertuduh.

Dalam kenyataan itu, jurucakap polis berkata, “Tertuduh dan mangsa adalah dari keluarga yang sama.”

Sumber: Mirror

Eyen Mirlen

write deeply from your heart