Siakap Keli
Gambar: CBS

(Video) Sungguh Hebat Kuasa Allah, Fenomena Gerhana Matahari Berlaku Di Sekitar Amerika Utara Semalam

Fenomena ajaib yang hanya dapat disaksikan berpuluh-puluh tahun sekali. Gerhana Matahari terjadi tatkala kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya.

Oleh itu, ratusan ribu pelancong berpusu-pusu memasuki sekitar kota di utara Chile untuk pergi ke salah satu lokasi terbaik dunia semata-mata demi menyaksikan gerhana matahari.

Malah dijangkakan ramai lagi yang akan melihatnya di sepanjang jalan (11,000 kilometer). Dan untuk itu mereka diminta untuk memakai cermin mata kosmik pada jam 10.24 pagi waktu tempatan.

Antara mereka yang memakai cermin mata kosmik (Gambar: Reuters)
Antara mereka yang memakai cermin mata kosmik (Gambar: Reuters)

Gerhana berkenaan dijangka muncul pada jam 3.22 petang di La Serena iaitu sebuah bandar yang mempunyai kira-kira 200,oo orang penduduk.

Dianggarkan bandar terbabit menerima lebih 300,000 pelawat untuk menyaksikan fenomena luar biasa berkenaan. Disebabkan oleh keadaan itu, pihak Polis dan Pegawai Kesihatan telah bersiap siaga di sana dan bersedia untuk sebarang kecemasan.

Salah seorang pelancong dari Amerika Syarikat yang sempat ditemu bual mengatakan beliau sangat teruja untuk datang ke Chile demi menyaksikan gerhana matahari penuh ini.

Utara Chile semenangnya dikenali dengan langit yang begitu indah serta beberapa binaan teleskop terbesar di dunia yang sedang dibina di kawasan berkenaan.

Sumber: PBS

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.