Siakap Keli
Gambar: CVT Soft Serve

Muak ‘Influencers’ Selalu Minta Aiskrim Percuma, Peniaga Ini Naikkan Harga Dua Kali Ganda

Seorang lelaki yang menyara hidupnya dengan menjual aiskrim mengatakan beliau sudah muak dengan perilaku sesetangah influencer. 

Hal ini berikutan tindakan mereka yang selalu meminta produknya itu secara percuma dan sebagai pertukaran, beliau diberi pendedahan (exposure) atau ais krimya dipromosi oleh para influencer. 

Dan untuk mengatasi masalah tersebut, pemilik trak aiskrim itu mengatakan di media sosialnya bahawa beliau kini telah mengenakan bayaran 2 kali ganda kepada golongan tadi.

“Kami tidak kisah jika anda seorang influencer atau berapa ramai pengikut yang anda miliki. Kami tidak akan berikan aiskrim secara percuma sebagai pertukaran untuk post promosi di laman media sosial anda. Harga untuk satu kon aiskrim adalah 4 dolar, dan untuk anda, ianya kini berharga 8 dolar.”

Lelaki berkenaan menjelaskan bahawa beliau sudah memulakan bisnes ini sejak lima tahun yang lalu dan setiap tahun, permintaan dari golongan influencer untuk menikmati aiskrim secara percuma makin meningkat.

Tambahnya lagi, produknya itu sememangnya sudah popular dan tidak memerlukan promosi lagi.

Sumber: CNN 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.