Layanan yang baik kepada orang lain sudah pastinya dapat memberi kebaikan kepada diri sendiri dan juga orang lain. Apa tidaknya, layanan yang baik dapat melatih diri untuk menghormati orang lain di samping dapat menjaga hati mereka. Begitu jugalah perlu dipraktikkan kepada ahli keluarga seperti isteri dan juga anak yang sentiasa melihat perlakuan kita untuk dijadikan contoh.
Seperti yang digambarkan oleh seorang individu melalui perkongsian di akaun Facebook Ted Aziz, tekanan yang dihadapi mungkin datang dari persekitaran kita seperti isteri dan anak. Namun, melalui perkongsian tersebut, individu ini telah menjelaskan kepentingan memberi layanan terutamanya dari segi bahasa.
“Nak kena lempang ker!..Don’t run like a crazy dog!”
Ini perkataan yang saya dengar dan lihat dari seorang ibu pada anaknya dalam kedai DIY di sebuah shopping mall semalam. Wah, dah nak kena lempang, jadi anjing gila pulak. Saya tengok muka adik kecil tu terkebil2 diam.
Mak ayah,
Memang stress bawa anak2 pergi mall. Kalau tak bersedia hadapi tingkah laku mereka, jangan pergi. Jika tidak itulah ayat yang keluar bila anak kita tak dengar cakap.Bahasa ialah adab. Bila dihamburkan sebegitu pada anak kecil yang tak tahu menilai, di khalayak ramai maka bersedialah untuk menerima kesannya. Ia satu kesan jangka panjang. Kita akan tuai hasilnya kemudian. Kita akan melahirkan anak yang akan marah atau memberontak seperti kita bila keinginan mereka tak dipenuhi.
Bahasa kita pada suami, layanan kita pada mak ayah di kampung, tingkahlaku kita dengan pembantu rumah, jiran dan juga cara kita berinteraksi dengan Allah dalam masalah ibadah, semuanya diperhalusi anak2 tanpa kita sedar. Anak2 mungkin gagal dengar cakap kita, tapi mereka tak pernah gagal meniru tingkahlaku kita.
‘Action Speaks Louder Than Words’.
Yang suami pun 1, kadang2 bagilah isteri masa sikit untuk ‘me time’. Bagi mereka jalan2 di mall tanpa hiruk pikuk anak2 sekali sekala. Biar dia berjalan melenggang ke dalam Kaison dan Daison. Pergi DIY. Biar dia berangan apa barang deco dia nak beli. Dapat berangan pun 1 anugerah release tension walau pun barang tu x beli pun. Baru berangan saja. Last2 keluar beli pasu bunga kecil atau frame gambar RM10. Itu pun dah dapat menenangkan hati yang terbeban dengan urusan rumah tangga.
Keluar DIY dapat pula Tealive Brown Sugar Pearl Milk Tea. Insya Allah balik rumah nanti boleh lipat baju dengan senang hati.
Kadang2, tekanan itu dari persekitaran. Boleh juga dari pasangan kita. Namun apa jua masalah, berhati2lah dengan bahasa kita pada anak.
“Anak umpama kain putih, kitalah yang mencoraknya”
Ted Aziz