Siakap Keli
Gambar: Bernama

“Saya Mengambil Tanggungjawab Penuh”, Kes Pelajar Diserang Myokymia, Menteri Tampil Beri Penjelasan

Berikutan pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang yang sehingga sekarang masih belum mencapai jalan penyelesaian, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Irfan Wafiy Idham Wazir dilaporkan telah menghidap Myokymia iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan beberapa anggota badannya menggigil.

Disebabkan itu, pelbagai pihak berserta ibu bapa kanak-kanak tersebut kesal dengan situasi yang sedang menimpa kanak-kanak yang tidak bersalah itu. Perkara ini menjadi lebih parah berikutan rungutan yang dibuat oleh bapa tersebut yang telah tular di media sosial.

Hari ini melalui Twitter rasmi KKM Putrajaya, satu status berupa kenyataan daripada Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, menarik perhatian netizen.

Gambar: KKMPutrajaya

Saya mengambil tanggung jawab penuh terhadap kanak-kanak 12 thn dr Pasir Gudang yg disahkan menghidap Myokymia.

Langkah yang diambil oleh beliau dianggap sebagai langkah bijak bagi mengatasi isu yang sedang melanda kanak-kanak dan penduduk di Pasir Gudang.

Diharapkan, kesihatan kanak-kanak tersebut akan beransur pulih dan dapat meneruskan persekolahan dan aktiviti harian seperti kebiasaan sebelum ini.

Sumber: KKMPutrajaya

syafiq halim